Posts

Showing posts with the label Gerai FAMA

Happy Mothers Days

To All mothers, happy mothers day. Hujung minggu yang lalu, saya berpeluang untuk menyambutnya dengan adik beradik yang lain dirumah emak di Kota Tinggi Johor. Cuti Hari Hol di Pahang membolehkan saya sekeluarga pulang ke rumah emak di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor. Hari Ahad, rumah emak dipenuhi dengan jeritan anak sedara yang sedang meningkat umurnya. Sungguh riuh sekali tetapi terasa tetap aman dengan keriuhan tersebut. Selama 3 hari dirumah emak bermakna selama 3 hari juga saya tidak ber'online'. Terasa hendak melapangkan fikiran sepuas-puasnya dirumah emak. Malas nak fikirkan mende lain. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, mata aku tak lepas2 melihat kiri dan kanan jalan yang sedang rancak dibina rumah burung. Bermula selepas bandar Pekan hinggalah ke sempadan Endau-Rompin. Sempat juga aku snap beberapa keping gambar untuk dikongsikan bersama. Nantilah bila ada kesempatan gambar tersebut akan diupload kemudian. Semasa dalam perjalanan juga kami singgah di Gerai Le

FAMA Pahang sedia 58 tapak pasar tani baru

Tajuk yang ditera dalam coretan ini sebenarnya dipetik daripada berita suratkhabar Utusan Malaysia pada hari ini 3 May 2010. Tahniah kepada FAMA kerana telah berjaya menambahkan bilangan tapak pasar tani di negeri Pahang. Ramai para peniaga yang bergantung 100% kehidupan dengan meniaga di tapak2 pasar tani ini. Pasar tani yang baru dibuka di Peramu merupakan pasar tani yang ke-9 di Bandar Kuantan. Semoga sambutan yang diberikan menggalakkan daripada para pengunjung yang mahukan barangan yang segar dan berharga murah. Saya merasakan Pembukaan Pasar-pasar tani yang baru telah memberikan kesempatan kepada para peniagaan untuk memasarkan barangan secara terus kepada pembeli. Ia juga memberikan kesempatan kepada para pengusaha projek pertanian memasarkan barangan keluaran mereka secara terus kepada para pembeli tanpa melalui orang tengah. Dengan cara ini keuntungan para pengusaha akan dimaksimumkan dan juga dapat menerima maklumbalasa secara terus terhadap mutu serta kualiti produk yang dik