Posts

Showing posts with the label Agrotek

Ternakan Lebah Madu

Minat terhadap ternakan lebah madu semakin kuat selepas menyaksikan Rancangan Agrotek di RTM 1 awal tahun ini. Rancangan Agrotek dan AgroJournal yang diterbitkan oleh RTM 1 yang bersiaran pada setiap hari Sabtu Jam 6.00pm dan Hari Ahad jam 6.00pm amat aku minati dan ditunggu-tunggu pada setiap minggu.Ini kerana rancangan ini memaparkan perkembangan industri pertanian dan penternakan di seluruh negara dan juga kadangkala diselitkan dengan kisah-kisah kejayaan para pengusaha di luar negera. Ianya dapat memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan yang banyak mengenai sesuatu bidang pertanian. Minat terhadap penternakan lebah madu ini ditambah pula dengan pendedahan suratkhabar mengenai potensi penternakan madu lebah kelulut yang dijalankan oleh seorang pengusaha di Kelantan. Aku juga ada melihat lebah kelulut ini membuat sarang ditepi tangga rumah pak mertua di Sungai Lembing. Terasa ianya seakan berpotensi untuk dikomersilkan kerana kos yang agak minimum dan tidak berapa sukar untuk mel