Keperluan Pengawalan Kandungan Kelembapan dalam Madu Kelulut

Kandungan Kelembapan

Kandungan Kelembapan yang ada dalam madu kelulut adalah sangat tinggi dan bergantung kepada musim/cuaca persekitaran. Secara puratanya antara 28%-35%. Ada para penternak merekodkan kandungan kelembapan mencatatkan sekitar 40% pada musim hujan atau tengkujuh. Kandungan Kelembapan yang tinggi telah dikenalpasti sebagai punca permasalahan ini berlaku:-
  1. Frementasi madu berlaku yang akan menyebabkan madu membuak apabila penutup botol dibuka.
  2. Botol madu pecah disebabkan tekanan gas yang tinggi.
  3. Madu kelulut menjadi terlalu masam
  4. Warna Madu menjadi semakin gelap
  5. Mendakan pada permukaan madu terhasil

Masalah inilah akan menjadikan madu penternak sukar untuk dijual dan disimpan dengan lama. Oleh yang demikian, pada penulisan kali ini saya akan memberikan keadah yang digunapakai untuk mengurangkan kadar kelembapan dalam Madu.

Kaedah asas pengawalan  kelembapan(air) didalam madu :

  1. Menggunakan sistem double Boiler di bawah suhu 30 Degree Celcius (Codex international Honey)
  2. Penyejatan kelembapan udara sejuk  (Vaporization system)
  3. Penyejatan udara panas (Dehydrated System )
  4. Vacum Air Pressure (Seperti dekat juga tapi guna bahan kimia organik )
  5. Gas nitrogen food

Paling popular dan sangat digunakan sebagai alat pengawas oksigen di dalam botol packaging makanan seperti minyak zaitun unfiltered, cuka apel, makanan yang berasid, dan minuman arak.

Walaubagaimanapun, tuan/puan tidak perlulah pening kepala memikirkan perkara ini. Tuan/puan hanya perlu menghantar madu tuan/puan ke Pusat Pemprosesan Madu Inderapura, Kuantan sahaja.

Utk maklumat lanjut sila hubungi pengurus kilang kami Hj Izharuddin 013-9205789 atau klik link berikut : Pusat Pemprosesan Madu Inderapura

Mesin Proses Madu

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli