Posts

Showing posts from January, 2017

Madu Plus @ Sg Lembing

Image
Tahun 2017 dimulakan dengan pembukaan ladang kami yang baru di Sungai Lembing Kuantan Pahang. Pencarian lokasi yang bersesuaian akan diteruskan di lokasi baru di Kg Kuala Kenau, Sungai Lembing Kuantan Pahang. Kawasan ini disewa daripada pada saudara terdekat dengan syarat kami membersihakan kebun durian beliau dan menjaganya dengan sempurna sebagai bayaran menggunapakai tanah tersebut. Dimaklumkan bahawa tanah ini berkeluasan 3 ekar dan bersebelahan dengan kawasan Hutan Simpan. Sebelum operasi pembersihan Selepas Operasi Pembersihan Agak mencabar juga bagi menyiapkan kawasan ini pada mulanya. Mau taknya, pokok resam sudah dekat 6-8kaki tinggi. Letih membersihkan kawasan ini sebelum proses memasang tiang platform dimulakan. Hampir sebulan cuti sekolah 2016, aku dan partner mengusahakan kawasan ini secara sambilan. Mujurlah semangat kami kental. Bukan sahaja pokok resam yang tinggi menggalah, anak pokok pun sudah besar-besar betis bayi/budak. Prose pembersihan kami lakuk