Posts

Showing posts from June, 2015

Pum Madu

Image
Pam adalah satu alat yg penting dalam penternakan lebah kelulut terutamanya semasa menuai madu dalam kotak topping. Sejujurnya tiada pam standard yang disyorkan oleh mana-mana jabatan. kebanyakan penternak menggunakan pam yng dibuat innovasi sendiri sahaja. Ada yg menggunakan Pam Susu, pam vakum peti ais, pam kahak baby dan sebagainya. Pemilihan jenis pam bergantung kepada skala penternakan. Sekiranya bilangan log sekitar 10-20, pam susu yg diubahsuai sudah mencukupi..  skala komersial dinasihatkan menggunakan pam yg berkuasa besar kerana jangkamasa penggunaan yg lama diperlukan. Kepada mereka yg berminat mendapatkan pam susu, bolehlah menghubungi saya 0139213433 atau Hj Izaharuddin 013-9205789 atau lawati Madu Plus Mart di www.Maduplus.com Harga : RM350.00 inclusive 1x 12v Suction Pump 1x 2liter Liquid Container 1x Basket 1x Bateri Charger 1x 12v Bateri Cable, suis n paiping CoD : Kuantan Pahang exclusive : Delivery Cost

Sumber Nektar dan Pollen

Image
Ilmu penternakan lebah kelulut tidak lengkap sekiranya tidak mendalami beescaping dan Pengenalan Spesis Lebah Kelulut. Sekiranya anda ingin membela kelulut spesis berdamar, anda perlu memastikan kawasan persekitaran penternakan kita mempunyai spesis pokok Diptorcarps yg dinyatakan dalam senarai di bawah. Kalau kawasan tuan/puan xde sebatang pun pokok2 jenis ini, jangan sesekali membeli log kelulut spesis ini. Kesian ke kelulut saje. Manakala sumber nektar dan pollen bolehlah tuan/puan perbanyakkan menanam pokok2 jenis M1 dan D1 ini.

Perangkap Kelulut oh perangkap

Image
Perangkap Kelulut yang telah mengena Up close n personal - Rezeki Allah SWT. Perangkap yang masih belum mengena. Perangap xpernah lupakan mangsanya. Perangkap yang telah dipasang sejak sekian lama, akhirnya membuahkan hasilnya. Ternyata memang benar ungkapan yang menyatakan Perangkap tidak pernah melupakan mangsanya. Tetapi bukan spesis yang dijadikan tumpuan. Perangkap ini baru sahaja dihuni selama 3 hari kerana semasa kunjungan hari sabtu yang lalu hanya kumpulan scout sahaja yg banyak berterbangan di kawasan sekitar. Pada hari ini, sudah ada struktur corong masuk Terminata sp kelihatan di lubang masuk. Terminata pun ok juga. Boleh dijadikan koleksi untuk dijadikan pembelajaran kepada pengunjung yg hadir. Kami ada mempunyai beberapa spesis kelulut daripada 33 spesis yg dinyatakan oleh pihak Mardi. Perangkap ini akan dibiarkan sekitar 1-2 bulan bagi memastikan calon Ratu aka princes mengikut kata Prof. Idrus menjalani ritual inflight sex/khawin dengan drone@pejanta

Madu Plus - Site Inderapura

Image
Setelah almost setahun menunggu, akhirnya site baru kami di Inderapura, Kuantan secara rasminya memulakan kerja tanah pada hari ini 8 Jun 2015. Hari ini setelah almost 2 bulan menunggu, kerja2 membersihkan tanah dan penyediaan tapak telah dimulakan. Pihak jabatan telah sudi membantu melalui Unit Kejuruteraan Jentera Pertanian dengan menyumbangkan JCB. Kerja2 penyediaan jalan masuk ke Tapak, parit sempadan, tapak pejabat dan bengkel serta kolam tadahan air dijangkan siap dalam tempoh 2-3 minggu. Hari ini kerja2 penyediaan tapak bengkel telah siap separuh. tapak perlu ditambun tanah untuk menaikkan level tanah supaya mengurangkan risiko ditenggelami air semasa musim tengkujuh. Semoga perancangan ini akan dipermudahkanNYA. Masih banyak kerja2 di tapak ini yang harus dilangsaikan sebelum log2 kelulut di bawa masuk bagi menghasilkan Madu Kelulut Akasia. Tapak Pejabat dan Bengkel sedang dibersihkan Jalan masuk sedang disediakan Tuan Tanah kedaung. 

Le Tour De Kelulut ke Pantai Timur 6-8 Jun 2015

Image
Lawatan Le Tour De Kelulut edisi Pantai Timur bermula 6-8 Jun 2015  telah bermula dengan lawatan ke Lurah Bilut, Raub seawal jam 9am. Kemudian peserta konvoi singgah ke Kuala Sentol, Maran dan sampai ke Kuantan seawal jam 1.30am. Peserta terawal sampai ialah daripada kereta yg membawa Prof. Ibu Siti Salamah dan Prof. Idrus. Itu pun mereka awal sampai apabila terlepas exit tol kg Awah. Keseluruhan konvoi sampai jam 2.30am. Seusai sesi mengisi perut, mereka di bawa melawat ladang ternakan en afizan di kg Pandan. Banyak ilmu kelulut kami perolehi semasa sesi penerangan dengan otai2 dan pakar2 kelulut ini. Pak Abu Hassan Jalil in action. Menumpahkan ilmu kepada yang sudi menerima  Pakar Kelulut Indonesia - Prof Ibu Siti Salmah dan Prof Idrus Afizan sedang berguru dengan Prof Idrus