Posts

Showing posts from February, 2015

Ladang Satellite Honey Plus

Image
Honey Plus Resources menawarkan pakej ladang satellite penternakan lebah kelulut kepada mereka yang berminat. Buat masa sekarang pihak kami sedang menguruskan tempahan ladang satellite untuk dua pelangan kami iaitu di Kg Permatang Badak Lama dan Beserah. Konsep yang kami tawarkan adalah penjualan koloni kelulut dalam log dan kotak topping. Pelanggan boleh memilih untuk hanya membeli log dan membuat topping sendiri atau kami buatkan pemotongan log dan pemasangan kotak topping. Pelanggan dikehendaki untuk menyediakan tiang platform dan kawasan yang bersesuaian. Selepas proses pemasangan kotak topping siap, pelanggan dikehendaki menjaga koloni dengan membuat housekeeping.

Honey Plus : 1 Rumah 1 Hive (1R1H)

Image
Pakej 1R1H RM500.00 Honey Plus Resources telah melancarkan kempen untuk menawarkan para penggemar madu Lebah Kelulut mempunyai sumber madu kelulut yang konsisten dengan menawarkan pakej 1 Rumah 1 Hive dengan harga RM500.00 (Lima Ratus Ringgit Sahaja). Pelanggan akan diberikan Log Kelulut bersama kotak topping. Pelanggan juga akan diberikan penerangan bagaimana untuk menjaga koloni tersebut dan cara-cara penuaian madu. Pelanggan perlu menyediakan kayu platform seperti yang tertera ataupun diletakkan di atas mana struktur yang dirasakan sesuai.  Kepada yang berminat, sila hubungi Abdullah 013-9213433 atau Hj Izaharuddin 013-9205789. Jangkamasa penghantaran 2 minggu. Penghantaran percuma di sekitar Kuantan. Pelanggan di luar Kuantan bolehlah mengambilnya di Ladang kami di Beserah   Pembayaran  : Honey Plus Resources Nama Bank   : Bank Islam Berhad cawangan Mahkota Square Kuantan No Akaun     : 0601 9010 0994 01 

Pemindahan Koloni Kelulut ke Mardi Cherating

Image
Proses pemindahan koloni2 yang berada di Ladang Beserah ke Mardi Cherating trlah dilaksanakan pada hari Sabtu dan Ahad ( 7-8/2) dengan jayanya. Kerja2 pemindahan dimulakan pada malam Sabtu disebabkan kekangan kerja pejabat. Kami telah membuat pemilihan koloni2 yang hendak dipindahkan pada sebelah malam bagi memastikan kesemua kelulut telah balik ke sarang. 7 Feb @ 9pm : Sampai ke Ladang dan membuat pemilihan koloni. : untuk permulan hanya 10 koloni dipilih as pilot project. pemantau rapi pengembangan koloni akan dibuat selepas sebulan. sekiranya progress baik, bilangan koloni akan ditingkatkan dengan penambahan koloni baru. : koloni yang telah dikenalpasti akan ditutup pintu masuk dengan menggunakan botol mineral dan selefon tape. : kerja2 siap dalam sejam setengah. kol 11.30pm kami pulang. 8 Feb @ 7:30am : amik partner di rumah dan terus ke kebun : masukan 10 koloni dalam pajero : sampai di tapak mardi cherating. kerja meletakan koloni di platform yg dibuat minggu lepas di

Taman Agroteknologi Mardi Cherating - Bermula Fasa seterusnya

Image
Akhirnya kelulusan yg kami tunggu2 hadir jua. Panggilan telefon daripada En Samsudin Pengawai Promosi Teknologi Mardi Cherating minggu lepas telah menyelesaikan teka-teki kami selama ini. Honey Plus Resources telah dibenarkan memasuki tapak di Mardi Cherating. Walaupun dengan kelulusan lisan, kami telah merangka untuk memindahkan 10 koloni sedia ada di tapak Beserah ke sini. Hari Ahad kami telah memulakan kerja2 awal dengan menanam kayu platform untuk menempatkan koloni kelulut. lokasi asal yang kami pilih agak panas kerana pokok2 belimbing telah dibuat pruning secara ekstrem oleh pihak pengurusan. Akhirnya kami telah dicadangkan untuk meletakkan koloni di kawasan pokok kelapa madu. Yahoo!!.. Pucuk dicita, ulam mendatang. Kerja2 penanaman kayu platform dijalankan dengan mudah kerana tanah berpasir pantai. agak mudah utk menggali lubang dan menanamnya. kami akan menempatkan kira2 50 koloni di kawasan ini sebagai ujian kesesuaian. kalau tuaian madu memberangsangkan dan pengembangan k