Posts

Showing posts from 2015

Kursus Produk Hiliran Lebah Kelulut anjuran Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia pada 15hb November 2015

Image
Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia buat julung-julung kalinya akan mengadakan Kurus Pembuatan Produk Hiliran Lebah Kelulut. Kami memerlukan 30 orang peserta bagi menjalankan aktiviti ini. Kami juga akan membawakan Pegawai Tekun Nasional Pahang untuk memberikan taklimat produk dan sesi soal jawab. Sehingga kini, kami memerlukan 10 orang perserta lagi bagi melengkapkan kuota peserta. Kepada mereka yang berminat, bolehlah menghubungi Setiausaha PUKM, En Junaidi Mukhtar di talian 012-9834328. SEGERA. Lokasi kursus di Pusat Latihan Pertanian Inderapura Kuantan.

MaduPlus Mart

Image
www.maduplus.com Akhirnya usaha untuk memiliki galeri jualan Madu Kelulut telah terlaksana dengan beroperasinya MaduPlus Mart di Taman Agroteknologi Mardi Cherating yang bakal dilancarkan secara rasminya pada 25 November 2015. MaduPlus akan beroperasi di Lot 9, Signboard Kedai Kami Inilah setup kiosk kami. kecil dan comel dengan kadar sewa yang berpatutan. Kepada para pelanggan setia kami, bolehlah mendapatkan bekalan madu anda secara terus di sini. Sekiranya ingin belajar asas penternakan kelulut, boleh juga kami ajarkan secara ringkas di sini. Ini kerana di bahagian belakang gerai ini, kami menempatkan sekitar 40 koloni H.itama.  Produk yang ditawarkan. Madu dan peralatan penternakan Kepada mereka yang baru ingin memulakan penternakan lebah kelulut, bolehlah mendapatkan bekalan peralatan penternakan di sini. Kami menawarkan penjualan log kelulut dengan harga yang berpatutan, mesin pum tuaian madu, topi lebah, kotak topping dan khidmat nasihat. Rak Produk y

Pum Madu

Image
Pam adalah satu alat yg penting dalam penternakan lebah kelulut terutamanya semasa menuai madu dalam kotak topping. Sejujurnya tiada pam standard yang disyorkan oleh mana-mana jabatan. kebanyakan penternak menggunakan pam yng dibuat innovasi sendiri sahaja. Ada yg menggunakan Pam Susu, pam vakum peti ais, pam kahak baby dan sebagainya. Pemilihan jenis pam bergantung kepada skala penternakan. Sekiranya bilangan log sekitar 10-20, pam susu yg diubahsuai sudah mencukupi..  skala komersial dinasihatkan menggunakan pam yg berkuasa besar kerana jangkamasa penggunaan yg lama diperlukan. Kepada mereka yg berminat mendapatkan pam susu, bolehlah menghubungi saya 0139213433 atau Hj Izaharuddin 013-9205789 atau lawati Madu Plus Mart di www.Maduplus.com Harga : RM350.00 inclusive 1x 12v Suction Pump 1x 2liter Liquid Container 1x Basket 1x Bateri Charger 1x 12v Bateri Cable, suis n paiping CoD : Kuantan Pahang exclusive : Delivery Cost

Sumber Nektar dan Pollen

Image
Ilmu penternakan lebah kelulut tidak lengkap sekiranya tidak mendalami beescaping dan Pengenalan Spesis Lebah Kelulut. Sekiranya anda ingin membela kelulut spesis berdamar, anda perlu memastikan kawasan persekitaran penternakan kita mempunyai spesis pokok Diptorcarps yg dinyatakan dalam senarai di bawah. Kalau kawasan tuan/puan xde sebatang pun pokok2 jenis ini, jangan sesekali membeli log kelulut spesis ini. Kesian ke kelulut saje. Manakala sumber nektar dan pollen bolehlah tuan/puan perbanyakkan menanam pokok2 jenis M1 dan D1 ini.

Perangkap Kelulut oh perangkap

Image
Perangkap Kelulut yang telah mengena Up close n personal - Rezeki Allah SWT. Perangkap yang masih belum mengena. Perangap xpernah lupakan mangsanya. Perangkap yang telah dipasang sejak sekian lama, akhirnya membuahkan hasilnya. Ternyata memang benar ungkapan yang menyatakan Perangkap tidak pernah melupakan mangsanya. Tetapi bukan spesis yang dijadikan tumpuan. Perangkap ini baru sahaja dihuni selama 3 hari kerana semasa kunjungan hari sabtu yang lalu hanya kumpulan scout sahaja yg banyak berterbangan di kawasan sekitar. Pada hari ini, sudah ada struktur corong masuk Terminata sp kelihatan di lubang masuk. Terminata pun ok juga. Boleh dijadikan koleksi untuk dijadikan pembelajaran kepada pengunjung yg hadir. Kami ada mempunyai beberapa spesis kelulut daripada 33 spesis yg dinyatakan oleh pihak Mardi. Perangkap ini akan dibiarkan sekitar 1-2 bulan bagi memastikan calon Ratu aka princes mengikut kata Prof. Idrus menjalani ritual inflight sex/khawin dengan drone@pejanta

Madu Plus - Site Inderapura

Image
Setelah almost setahun menunggu, akhirnya site baru kami di Inderapura, Kuantan secara rasminya memulakan kerja tanah pada hari ini 8 Jun 2015. Hari ini setelah almost 2 bulan menunggu, kerja2 membersihkan tanah dan penyediaan tapak telah dimulakan. Pihak jabatan telah sudi membantu melalui Unit Kejuruteraan Jentera Pertanian dengan menyumbangkan JCB. Kerja2 penyediaan jalan masuk ke Tapak, parit sempadan, tapak pejabat dan bengkel serta kolam tadahan air dijangkan siap dalam tempoh 2-3 minggu. Hari ini kerja2 penyediaan tapak bengkel telah siap separuh. tapak perlu ditambun tanah untuk menaikkan level tanah supaya mengurangkan risiko ditenggelami air semasa musim tengkujuh. Semoga perancangan ini akan dipermudahkanNYA. Masih banyak kerja2 di tapak ini yang harus dilangsaikan sebelum log2 kelulut di bawa masuk bagi menghasilkan Madu Kelulut Akasia. Tapak Pejabat dan Bengkel sedang dibersihkan Jalan masuk sedang disediakan Tuan Tanah kedaung. 

Le Tour De Kelulut ke Pantai Timur 6-8 Jun 2015

Image
Lawatan Le Tour De Kelulut edisi Pantai Timur bermula 6-8 Jun 2015  telah bermula dengan lawatan ke Lurah Bilut, Raub seawal jam 9am. Kemudian peserta konvoi singgah ke Kuala Sentol, Maran dan sampai ke Kuantan seawal jam 1.30am. Peserta terawal sampai ialah daripada kereta yg membawa Prof. Ibu Siti Salamah dan Prof. Idrus. Itu pun mereka awal sampai apabila terlepas exit tol kg Awah. Keseluruhan konvoi sampai jam 2.30am. Seusai sesi mengisi perut, mereka di bawa melawat ladang ternakan en afizan di kg Pandan. Banyak ilmu kelulut kami perolehi semasa sesi penerangan dengan otai2 dan pakar2 kelulut ini. Pak Abu Hassan Jalil in action. Menumpahkan ilmu kepada yang sudi menerima  Pakar Kelulut Indonesia - Prof Ibu Siti Salmah dan Prof Idrus Afizan sedang berguru dengan Prof Idrus

MARDI CHERATING, SIRI BAGING

Image
Update 1:- Alhamdullilah, selesai sudah urusan penambahan 21 log kelulut di site Mardi Cherating yg dimulai pada minggu lepas. Kesemua log sudah siap dipasang topping. Pengawasan terhadap log yang sudah siap dipasang topping pada minggu lepas mendapati sudah ada kantung madu yang dibuat dalam kotak topping. Satu perkembangan yang sangat baik. Ternyata sumber nektar, pollen dan sap yang banyak di kawasan sekitar walaupun buat masa kini, pokok2 belimbing telah dibuat pruning yg hampir menyeluruh. Tiang platform  masih berbaki 20 batang sudah siap dipasang. Hanya menanti 20 log yang masih dalam perkiraan untuk ditempah. Moga diberikan kelapangan masa untuk menguruskannya sebelum site di Inderapura dimulakan dengan kerja2 pembersihan nanti.. Update 2:- Kerja2 penambahan log diteruskan lagi dengan penerimaan 20 log baru daripada pembekal Bera, Seorang teman yang mana saya telah berurusan sejak 3 tahun yang lalu. Log sampai semasa perlawan bolasepak antara Pahang menentang Kelan

Kursus Asas Penternakan Lebah Kelulut 25-26 April @ Beserah

Disebabkan sambutan yg peserta kurang daripada had mininum yang diperlukan, maka sesi kursus ini terpaksa ditangguhkan ke 2-3/5/2015 di ladang Trigonagold di Kg Manggis, Hulu Langgat. Semua peserta yg telah mendaftar telah dimaklumkan mengenai hal ini. Segala kesulitan amatlah dikesali. tq ------------------------------------------------------------------------ Pihak kami masih mencari para peserta yang berhajat mempelajari Teknik Penternakan Lebah Kelulut yang akan diadakan seperti berikut:- Tarikh : 25 & 26 April 2015 Lokasi : Sunan Guest House, Lot 6/1038, Kg Rumbia Beserah 26100 Kuantan Bilangan Peserta : 20 org. Buat masa kini hanya 4 orang yang sudah menempah tempat. lagi 16 orang kekosongan. Daftar Sekarang : Hj Izaharuddin 013-9205789.  Abdullah 013-9213433. SEGERA DAFTAR.

Kenalilah Madu Kelulut Asli

Image
Pengenalan madu kelulut Posting kali ini saya ingin memberikan sedikit ilmu yang boleh dikongsikan kepada para pembaca mengenai madu kelulut. Secara amnya madu boleh dikenali melalui 4 ciri-ciri penting iaitu :- Warna Madu Rasa Madu Bau Madu Kelikatan Madu Warna Madu Warna madu lebah kelulut tidak seragam. Ianya ada yang berwarna jernih dan sehingga gelap pekat. Warna-warna madu ini bergantung kepada tahap kematangan madu yang dituai. Semakin matang madu, semakin gelaplah warnanya. Ia juga bergantung kepada jenis kelulut yang diternak dan sumber makanan yang dominan di kawasan penternakan. Warna-warna Madu (Kelablebahkelulut.com) Rasa Madu Rasa madu lebah kelulut adalah manis dan masam. Adakala terasa agak pahit. Berdasarkan Sijil Kemahairan Malaysia mengenai penternakan kelulut, terdapat 4 rasa madu kelulut iaitu Manis Manis, Manis Masam, Masam Manis dan Masam Masam. Rasa manis madu adalah daripada sumber gula ringkas yang dihasilkan oleh Lebah

Lawatan Peserta Kursus Lebah Kelulut Jabatan Pertanian

Image
Pada hari ini 3/4, ladang kami menerima kehadiran 40 orang para peserta kursus penternakan lebah kelulut Jabatan Pertanian Pahang. Para peserta telah menjalani kursus amali selama 2 hari di Pusat Latihan Pertanian Pahang Inderapura. Kehadiran mereka untuk menjalani latihan amali insitu di ladang. walaubagaimanapun disebabkan oleh miscommunication antara urusetia dan pihak kami, maka amali potong log n pindah koloni tidak dapat dijalankan. Kami tidak dimaklumkan untuk menyediakan log bagi aktiviti tersebut. Maaf ya. So kami hanya menyediakan crash course mengenai asas penternakan kelulut dan aktiviti pengurusan ladang. Kami hanya berkongsi pengalaman menjalankan penternakan ini selama almost 3 tahun supaya mereka tidak mengulangi sebarang kesilapan yg telah kami tempohi semasa menjalankan penternakan ini. Para Peserta diberikan penerangan Taklimat Pembukaan Para peserta En Zakaria from Kelantan.

Tuaian Madu Ladang Satellite Madu Plus

Image
Ladang Satellite Madu Plus telah membuahkah hasil yang pertama. Tuaian madu yang pertama daripada 3 koloni sahaja daripada 16 koloni telah menghasilkan 1/2 kg. Koloni lain masih dalam proses penghasilan madu. Koloni lain masih belum kuat. Masih perlukan masa untuk diperkuatkan koloni.

Stokis Madu Plus diperlukan

Image
Pihak Madu Plus mengalu-alukan kepada sesiapa yg berminat untuk menjadi pengedar rasmi produk-produk kami dengan komisyen yg dipersetujui. Anda hanya perlu menghubungi Tn Hj Izaharuddin untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Para pengedar akan dibekalkan barangan ini:- 1- 1 Unit Display Booth spt dlm gambar di atas 2- 1 unit Bunting 3- Flyers 4- Stok madu berdasarkan permintaan Kepada yg berminat sila hubungi 0139205789. Nama anda n no hp akan disenaraikan dalam website kami.

Kursus Asas Penternakan Lebah Kelulut @ Kuantan

Image
Honey Plus Resource akan menganjurkan Kursus Asas Penternakan Lebah Kelulut di Kuantan dengan Kerjasama Trigonagold dan Bayu Kelulut Smart Digital Farm. Pihak kami telah menetapkan tarikh kursus  Siri Pertama akan diadakan pada penghujung bulan April ini. Sehubungan dengan itu, pihak kami mencari 20 peserta yang berminat untuk mempelajari ilmu penternakan lebah kelulut. Detail Kursus adalah seperti berikut:- Kursus        : Kursus Asas Penternakan Lebah Kelulut Tarikh         : 25 & 26 April 2015 (Sabtu & Ahad) Lokasi         : Beserah Kuantan (TBA) Bil Peserta  : 20 peserta Bayaran      : RM450.00 Modul yang ditawarkan           1.Senario & hala tuju industri lebah kelulut. 2.Biologi-Mengenal jenis & kasta Lebah Kelulut 3.Peralatan & pemindahan kloni. 4.Pengurusan kloni. 5.Pengurusan perosak & penyakit. 6.Pengurusan sumber makanan. 7.Pengurusan hasil Lebah ke mulut. 8.Pengurusan produk 9.Cara menjinak ternak "Topping" 10.Cara menjin

Ladang Satellite Honey Plus

Image
Honey Plus Resources menawarkan pakej ladang satellite penternakan lebah kelulut kepada mereka yang berminat. Buat masa sekarang pihak kami sedang menguruskan tempahan ladang satellite untuk dua pelangan kami iaitu di Kg Permatang Badak Lama dan Beserah. Konsep yang kami tawarkan adalah penjualan koloni kelulut dalam log dan kotak topping. Pelanggan boleh memilih untuk hanya membeli log dan membuat topping sendiri atau kami buatkan pemotongan log dan pemasangan kotak topping. Pelanggan dikehendaki untuk menyediakan tiang platform dan kawasan yang bersesuaian. Selepas proses pemasangan kotak topping siap, pelanggan dikehendaki menjaga koloni dengan membuat housekeeping.

Honey Plus : 1 Rumah 1 Hive (1R1H)

Image
Pakej 1R1H RM500.00 Honey Plus Resources telah melancarkan kempen untuk menawarkan para penggemar madu Lebah Kelulut mempunyai sumber madu kelulut yang konsisten dengan menawarkan pakej 1 Rumah 1 Hive dengan harga RM500.00 (Lima Ratus Ringgit Sahaja). Pelanggan akan diberikan Log Kelulut bersama kotak topping. Pelanggan juga akan diberikan penerangan bagaimana untuk menjaga koloni tersebut dan cara-cara penuaian madu. Pelanggan perlu menyediakan kayu platform seperti yang tertera ataupun diletakkan di atas mana struktur yang dirasakan sesuai.  Kepada yang berminat, sila hubungi Abdullah 013-9213433 atau Hj Izaharuddin 013-9205789. Jangkamasa penghantaran 2 minggu. Penghantaran percuma di sekitar Kuantan. Pelanggan di luar Kuantan bolehlah mengambilnya di Ladang kami di Beserah   Pembayaran  : Honey Plus Resources Nama Bank   : Bank Islam Berhad cawangan Mahkota Square Kuantan No Akaun     : 0601 9010 0994 01 

Pemindahan Koloni Kelulut ke Mardi Cherating

Image
Proses pemindahan koloni2 yang berada di Ladang Beserah ke Mardi Cherating trlah dilaksanakan pada hari Sabtu dan Ahad ( 7-8/2) dengan jayanya. Kerja2 pemindahan dimulakan pada malam Sabtu disebabkan kekangan kerja pejabat. Kami telah membuat pemilihan koloni2 yang hendak dipindahkan pada sebelah malam bagi memastikan kesemua kelulut telah balik ke sarang. 7 Feb @ 9pm : Sampai ke Ladang dan membuat pemilihan koloni. : untuk permulan hanya 10 koloni dipilih as pilot project. pemantau rapi pengembangan koloni akan dibuat selepas sebulan. sekiranya progress baik, bilangan koloni akan ditingkatkan dengan penambahan koloni baru. : koloni yang telah dikenalpasti akan ditutup pintu masuk dengan menggunakan botol mineral dan selefon tape. : kerja2 siap dalam sejam setengah. kol 11.30pm kami pulang. 8 Feb @ 7:30am : amik partner di rumah dan terus ke kebun : masukan 10 koloni dalam pajero : sampai di tapak mardi cherating. kerja meletakan koloni di platform yg dibuat minggu lepas di

Taman Agroteknologi Mardi Cherating - Bermula Fasa seterusnya

Image
Akhirnya kelulusan yg kami tunggu2 hadir jua. Panggilan telefon daripada En Samsudin Pengawai Promosi Teknologi Mardi Cherating minggu lepas telah menyelesaikan teka-teki kami selama ini. Honey Plus Resources telah dibenarkan memasuki tapak di Mardi Cherating. Walaupun dengan kelulusan lisan, kami telah merangka untuk memindahkan 10 koloni sedia ada di tapak Beserah ke sini. Hari Ahad kami telah memulakan kerja2 awal dengan menanam kayu platform untuk menempatkan koloni kelulut. lokasi asal yang kami pilih agak panas kerana pokok2 belimbing telah dibuat pruning secara ekstrem oleh pihak pengurusan. Akhirnya kami telah dicadangkan untuk meletakkan koloni di kawasan pokok kelapa madu. Yahoo!!.. Pucuk dicita, ulam mendatang. Kerja2 penanaman kayu platform dijalankan dengan mudah kerana tanah berpasir pantai. agak mudah utk menggali lubang dan menanamnya. kami akan menempatkan kira2 50 koloni di kawasan ini sebagai ujian kesesuaian. kalau tuaian madu memberangsangkan dan pengembangan k