Followers

Sunday, November 2, 2014

Mini MAHA @ UTC KUANTAN 2014

Road to MAHA Pahang 2014 telah menutup tirainya pad 2 Nov sebentar tadi. ianya merupakan pengalaman yang amat menarik syarikat kami pelajari utk julung2 kalinya penyertaan. walaupun hadir dengan persiapan yang ala kadar disebabkan notis singkat, kami berjaya menjayakannya dengan menghasilkan jualan yang memberangsangkan.


Kami pelajari teknik marketing yg paling sempoi. berjaya meningkatkan bilangan jualan yg mendung pada hari pertama dengan berlipat kali ganda pada hari kedua dan ketiga dengan memilih prospect pelanggan dan membuat pujukan supaya singgah ke kaunter jualan.

pada tahun hadapan kami akan membuat perubahan yg drastik terutama display yang lebih menonjol dan menambahkan beberapa eleman info untuk memastikan lebih ramai pelanggan singgah ke booth. Lebih ramai pelanggan yg singgan lebih banyak peluang untuk kami convert ke jualan.


Kami juga berpeluang untuk berkenalan dengab otai lebah tualang pahang iaitu en napi yg telah dianugerahkan dengan peladang jaya pada tahun ini. beliau telah memulakan bisnes madu tualang pada tahun 90an dan sehingga kita telah berjaya melebarkan penguasaan pasaran dan outlet galeri madu yg banyak.

Beliau luangkan masa yg lama dengan kami. seorang otai yg humble. walaupun sudah otai tetapi masih mahu belajar tentang lebah kelulut. kami berbincang mengenai hala tuju madu negara dan cabaran yang akan dan sedang dihadapi. banyak yg kami bincangkan dan aku juga belajar banyak perkara dengan beliau. semoga En Napi akan sentiasa sihat dan diredhai oleh Allah. Byk ilmu yg perlu beliau peturunkan kepada warisnya dan kami.

No comments: