Followers

Thursday, October 23, 2014

Sumber Nektar : Pokok Air Mata Pengantin

Pokok Bunga Air Mata Pengantin
Kepelbagaian jenis pokok yg perlu ditanam atau ada berdekatan dengan koloni kelulut adalah amat penting untuk kesejahteraan koloni. Pengetahuan jenis pokok yg perlu ditanam juga penting bagi memastikan sumber makanan kelulut sentiasa ada sepanjang tahun dan berdekatan.

Sumber makanan yg hampir dengan koloni juga penting supaya kelulut tidak perlu terbang terlalu jauh dari sarang dan hanya membawa pulang sedikit nektar ke koloni untuk diproses menjadi madu. jarak yang terlalu jauh sumber makanan akan menyebabkan kelulut memakan sebahagian besar nektar yang dipungut semasa perjalanan pulang untuk sumber tenaga.

kat sini saya perkenalkan sejenis pokok yg boleh membantu para penternak memastikan sumber nektar dan pollen sentiasa ada iaitu Pokok Air Mata Pengantin, AMP. Pokok ini sejenis pokok menjalar yang memerlukan sokongan kayu/para. ia juga memerlukan sumber cahaya yang terus kepadanya untuknya berbunga. so pokok AMP xboleh ditanam di bawah pokok. ia akan kurang berbunga tapi akan jadi gila daun ( daun byk tanpa bunga).




No comments: