Posts

Showing posts from October, 2014

Road to MAHA @ UTC Kuantan 31-2 Nov

Image
Pada tahun ini, kami telah berpeluang utk mengikuti program Road To MAHA @ UTC KUANTAN pd 31 oct - 2 Nov 2014 selama 3 hari.  Hari ini hari pertama dan jualannya amat lembap sekali kerana mungkin kerana hari kerja bagi org2 Kuantan. Hopefully esok di mana upacara perasmian dibuat oleh MB Pahang akan membawa pengunjung yg bertambah.

Sumber Nektar : Pokok Air Mata Pengantin

Image
Pokok Bunga Air Mata Pengantin Kepelbagaian jenis pokok yg perlu ditanam atau ada berdekatan dengan koloni kelulut adalah amat penting untuk kesejahteraan koloni. Pengetahuan jenis pokok yg perlu ditanam juga penting bagi memastikan sumber makanan kelulut sentiasa ada sepanjang tahun dan berdekatan. Sumber makanan yg hampir dengan koloni juga penting supaya kelulut tidak perlu terbang terlalu jauh dari sarang dan hanya membawa pulang sedikit nektar ke koloni untuk diproses menjadi madu. jarak yang terlalu jauh sumber makanan akan menyebabkan kelulut memakan sebahagian besar nektar yang dipungut semasa perjalanan pulang untuk sumber tenaga. kat sini saya perkenalkan sejenis pokok yg boleh membantu para penternak memastikan sumber nektar dan pollen sentiasa ada iaitu Pokok Air Mata Pengantin, AMP. Pokok ini sejenis pokok menjalar yang memerlukan sokongan kayu/para. ia juga memerlukan sumber cahaya yang terus kepadanya untuknya berbunga. so pokok AMP xboleh ditanam di bawah pokok.

Penubuhan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia

Image
Bertempat di Dewan MTBIC Mardi Serdang pada 16 Okt 2104 jam 2.30pm mesyuarat penubuhan Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Malaysia atau dengan nama singkatannya PUKM telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Mesyuarat yang dihadiri oleh min 7 wakil negeri trlah dijalankan dengan sempurna. Mesyuarat juga telah menetapkan perkara2 berikut:- 1- Nama dan alamat persatuan. 2- Maksud dan tujuan persatuan. 3- Keahlian 4- Bayaran, yuran dan lain2 bayaran. 5- Jawatankuasa 6- Logo Lain2 perlembagaan mengikut standard perlembagaan yang ditetapkan oleh ROS. Jawatankuasa PUKM telah dipersetujui seperti berikut:- 1× presiden 1x timbalan presiden 2x naib presiden 1x setiausaha kehormat 1x bendahari agung 5x ahli jawatankuasa 2x pemeriksa kira2 1x pemegang amanah presiden boleh melantik setiausaha dan 2 orang ajk biasa tambahan sekiranya perlu. borang keahlian pukm akan diedarkan setelah penubuhan pukm diluluskan oleh ROS. Sehubungan itu sekiranua ada usahawan yg berminat boleh berhu