Followers

Saturday, September 6, 2014

Teknik Ntoh Ler!!!

Kepada para penternak kelulut, pernahlah anda berasa putus asa bilamana kotak topping madu yg anda buat masih belum dipenuhi kantung2 madu dan lubang kotak masih berterusan ditutup oleh lebah kelulut walaupun sudah berkali2 anda membukanya tetapi kelulut tetap berkeras menutupnya.

Berdasarkannya pemerhatian saya, punca perkara ini berlaku adalah disebabkan beberapa faktor iaitu:-
1) koloni kelulut masih lemah semasa proses topping dibuat.
2) kotak topping yang dibuat kurang kemas dan terdapat celahan kayu yang membenarkan cahaya masuk.
3) terdapat gangguan serangga seperti semut dan lain2 lg yang berjaya memasuki kotak topping melalui celahan kotak dan batang kayu yang tidak di 'seal' dengan baik.
4) kotak topping tidak ditutup dengan plastik utk prevent serangan semuat atau anai2.

Untuk memastikan kelulut membuat kantung madu dalam kotak dengan cepat, saya memperkenalkan Teknik Ntoh Ler yang paling simple.
1) Pastikan kotak topping dan batang kayu tidak mempunyai celahan cahaya. Kalau ada ruang, gunakan lebihan propolis utk tutup celahan.
2) pastikan kotak topping juga tidak mempunyai celahan cahaya. Tutup/seal dengan propolis.
3) tutup kotak topping dengan plastik food grade dan distapler di setiap penjuru utk elakan serangan semut.
4) cover lagi sekali kotak topping dengan plasyik yg gelap. Saya gunakan plastik hitam sampah tu. Potong ikut saiz kotak utk pastikan tiada cahaya masuk.
5) sebelum tutup kotak dengan plastik td, bersihkan kotak dan buka lubang kelulut. Letakan propolis yg digunakan utk tutup lubang td kat tepi lubang. Kemudian ambil kantung madu di koloni lain dan letakan dekat dengan lubang td. Lps tu barulah tutup kotak dengan plastik food grade dan plastik hitam.
6) komdian monitor hive closely. Kalo ada semut gunakan minyak itam kat kaki platform.

Lubang Kotak topping yg tertutup dgn Propolis

Proses Menutup Celahan Cahaya Kotak Topping

Proses Membuka Semula Lubang Topping

Kantung madu diletakkan di sebelah lubang


Teknik Ntoh Ler!!!

Esok saya akan cuba snap pic progres kotak topping selepas tempoh sehari. Kita tengok sama ada teknik ini berjaya untuk memujuk cik lut utk memulakan kerja2 membuat madu dlm kotak topping. Nama teknik diberikan oleh seorang sahabat di utara semasa saya melawat ladangnya tempohari..

Teknik Ntoh Ler selepas sejam
Selepas tempoh 24jam berikut adalah keadaan dalan kotak topping.

Selepas 24jam. Hampir berjaya..


No comments: