Membantu Rakan - Koloni En Mat


Dua minggu lepas aku membantu sahabatku untuk membuat toping dan membelah batang kayu kelulut. Untuk batang yang pertama aku cadangkan untuk membuat toping sahaja kerana struktur kayu yang baik dan tegak. Mudah untuk dipasang atas platform nanti. Kotak toping telah disediakan oleh beliau. Aku cuma perlu untuk memberikan nasihat bagaimana untuk membuat pemotongan kayu bagi membuang ruangan madu dan pollen di bahagian atas. Setelah kayu di potong di bahagian atas dekat dengan ruangan broadcell, kotak toping diletakkan di bahagian atas dan dipakukan. Manakala di bahagian bawah pula dipasang bracket menggunakan besi antara batang kayu dengan platform.

Kotak kedua pula dinasihatkan untuk dibuat pembelahan batang kayu kerana pintu masuk cik lut berada dekat dengan bahagian atas kayu. Ini menyebabkan pemotongan bahagian atas tidak boleh dilaksanakan kerana kedudukan broadcell akan berada jauh di bawah dan pemotongan akan memusnahkan laluan masuk tersebut. Kotak Sarang dibuat menggunakan design yang dicadangkan oleh pihak Mardi. Setelah kayu dibelah, broadcell dimasukan dalam kotak kayu bersama dengan Ratu Kelulut. Walaupun pencarian dalam batang kayu gagal menemukan ratu, kami amat yakin ratu berada dalam lapisan broadcell yang telah dipindahkan ke dalam kotak kayu. Ini kerana cik lut yang lain sudah mula mengerumuni kotak kelulut menerusi saluran masuk dan bukan lagi batang kayu.

Kedua-dua kotak ini diletakkan dalam posisi sementara sehinggalah diletakkan dillokasi baru pada malam nanti. Ini adalah untuk memberikan peluang kepada semua Cik Lut yang belum pulang ke sarang untuk boleh mengenalpasti sarang yang baru.

Comments

weeling88 said…
Minta tanya..kalau sarang kelulut yang terlah ditinggalkan oleh kelulut , boleh digunakan semula? kena buang semua didalam dan cuci balik?
Abdulz said…
Maaf lambat utk replay. Kotak boleh digunakan semula. Xder masalah. Cuma bersihkan kotak tersebut sahaja. Buang objek2 besar sahaja spt propolis n kantung2 madu lama. Tp tgk juga punca kelulut lari. Kalo kena serangan kulat, bakar je kotak tu. Dah xboleh recycle doh..
weeling88 said…
ok..terima kasih banyak..

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli