Posts

Showing posts from July, 2014

Membantu Rakan - Koloni En Mat

Image
Dua minggu lepas aku membantu sahabatku untuk membuat toping dan membelah batang kayu kelulut. Untuk batang yang pertama aku cadangkan untuk membuat toping sahaja kerana struktur kayu yang baik dan tegak. Mudah untuk dipasang atas platform nanti. Kotak toping telah disediakan oleh beliau. Aku cuma perlu untuk memberikan nasihat bagaimana untuk membuat pemotongan kayu bagi membuang ruangan madu dan pollen di bahagian atas. Setelah kayu di potong di bahagian atas dekat dengan ruangan broadcell, kotak toping diletakkan di bahagian atas dan dipakukan. Manakala di bahagian bawah pula dipasang bracket menggunakan besi antara batang kayu dengan platform. Kotak kedua pula dinasihatkan untuk dibuat pembelahan batang kayu kerana pintu masuk cik lut berada dekat dengan bahagian atas kayu. Ini menyebabkan pemotongan bahagian atas tidak boleh dilaksanakan kerana kedudukan broadcell akan berada jauh di bawah dan pemotongan akan memusnahkan laluan masuk tersebut. Kotak Sarang dibuat menggunak

Lawatan Ke Felda Cini : Bertemu Sahabat SeKursus

Image
Pada 5/7 juga selepas lawatan ke hutan akasia, kami meneruskan perjalanan ke Felda Chini untuk bertemu dengan sahabat kami En Taib. Beliau adalah peserta kursus Lebah Kelulut bersama dengan kami di Mardi tempohari. Tujuan lawatan adalah untuk membeli sarang kelulut yang ingin dijual oleh beliau. Aku hanya menjadi penasihat kepada En Mat berhubung penjualan ini sahaja. En Mat ingin memulakan penternakan kelulut ini dan berhajat untuk membeli 2 sarang. Kami tiba dalam pukul satu dan telah dibawa melawat ke kawasan sekitar rumah beliau di mana semua sarang kelulut diletakkan. Pada kiraan aku, beliau mempunyai sarang sekitar 20 buah dan berhajat untuk menjual 2 sarang itama kerana kekurangan tempat. Walaupun mempunyai bilangan sarang yang sedikit tetapi beliau mempunyai koleksi kelulut yang paling banyak dan eksotik. Kebanyakkan spesis beliau adalah dari jenis Thorasica dan spesis kelulut yang besar2 sahaja. Madu PLus : En Taib & En Mat Madu Plus : Spesis? Madu Plus :

Salam Ramadhan

Image
Pada 5/7 aku dengan seorang sahabat En Mat Shafri telah melakukan tinjauan lokasi hutan akasia di inderapura. Jarak lokasi dengan rumah aku hanyalah dalam 20KM sahaja. Lokasi ini adalah hasil tinjauan En Mat dengan seorang sahabatnya sebulan yang lepas. Aku amat berbesar hati kerana En Mat sudi untuk berkongsinya dengan aku..  Madu Plus : Hutan Akasia Madu Plus : Hutan Akasia Madu Plus : Hutan Akasia Ternyata hutan akasia ini amatlah luas tetapi agak berisiko untuk meletakkan koloni kelulut disini sekiranya tidak berpagar dan bertuan. Lagi satu, kawasan ini merupakan paya bakau dan sekiranya air pasang, paras air akan naik agak tinggi. Sekiranya berhajat untuk mencuba lokasi in, kami kena membuat perancangan yang sangat rapi kerana sudah pastinya kos agak tinggi. Selamat Berpuasa kepada Para Pembaca. Semoga Ramadhan pada tahun ini adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya... Ameen..