Followers

Friday, May 16, 2014

Lawatan Pegawai Pertanian Pahang

Pada hari Isnin yang lalu, tapak projek kami telah menerima kunjungan En Zainol daripada Pejabat Pertanian Pahang untuk membuat penilaian awalan. Beliau hadir keseorangan pada jam 11.00am setelah seorang lagi pegawai pembangunan tidak dapat menghadirikan diri disebabkan kekangan masa di pejabat. Beliau merupakan seorang kenalan semasa aku menghadiri mesyuarat tindakan BTM di SUK Pahang. Seorang yang sangat vokal dalam bersuara.

Komen beliau ialah terdapat koloni yang terdedah dengan cuaca panas. terutama apabila waktu petang. Beliau mencadangkan agar kedudukan pintu masuk tidak berhadapan dengan kedudukan matahari naik dan turun. terutamanya pada waktu petang di mana jangkamasanya amat panjang berbanding dengan waktu pagi. Secara keseluruhannya beliau amat berpuashati dengan keadaan projek dan agak terperanjat kerana kami masih tidak memulakan proses penuaian madu lagi. Sebenarnya aku je yang melengah-lengahkanya kerana tidak mahu kelulut stress selepas proses pemindahan dalam kotak yang baru2 sahaja dilaksanakan. Mungkin dalam bulan 6 nanti kami akan memulakan proses penuaian.

Beliau juga menyarankan agar pokok di kebun di buat sulaman dan pemulihan dengan baka2 terpilih. sebenarnya aku melalui ayah mertua telah membuat permohonan sulaman anak pokok durian, racun dan baja. Dimaklumkan permohonan sedang menunggu proses kelulusan. Manakala permohonan pemulihan akan dibuat selepas ini kerana ia melibatkan peruntukkan yang berbeza. Beliau juga telah menyarankan aku membuat permohonan bantuan pembungkusan yang hygine daripada Pejabat Pertanian Daerah. ternyata langkahku makin dipermudahkan olehNYA. Syukur ya Allah.

My Partner & En Zainol

Koloni sedia untuk dituai

No comments: