Posts

Showing posts from May, 2014

Botol oh Botol!!!

Image
Pada hari Jummat yg lalu aku terpaksa amik cuti untuk membeli botol madu. Bertolak daripada kuantan jam 8;30am setelah bersarapan nasik lemak di Restoran Zaman. Lokasi yang dituju adalah di Damansara. Berikut adalah pic yang aku snap masa kunjungan ini dilaksanakan. Akhirnya telah selesai urusan pemilihan botol dan lepas ini boleh dihantar ke kedai printing untuk design Brand Madu Plus...

Splitting T. Binghami : Update

Image
Dua pic progress koloni yang telah dipisahkan selepas tempoh seminggu.

Splitting T. Binghami

Image
Pada hujung minggu yang lalu, kami bercadang untuk memecahkan koloni kelulut dari spesis T. Binghami yang telah cuba dipecahkan pada awal januari yang lalu tetapi tidak berjaya. Lapisan atas kotak telah dipenuhi oleh kantung madu dan juga telur. Tetapi pada lapisan bawah, ternyata tiada telur. Ini menandakan kedudukan sarang telur berada dalam lapisan kedua dan atas. Kotak ini merupakan kotak yang pertama aku tempah di kedai tetapi saiznya tidak menepati size yang aku kehendaki. So tawkey tu bagi pree aje kat aku. So hasil splitting amatlah tidak cantik kerana aku gunakan dua kotak yang berlainan size.  Kotak Koloni Yg Hendak dipecahkan Lapisan Atas yg sudah penuh Lapisan atas yg juga telah dipenuhi telur  Dua koloni yang telah dipecahkan - Kotak xsama saiz. hehehe Kedudukan queen tidak dapat dipastikan sama ada berada dalam kotak di atas atau di bawah. So bagi membahagi-bahagikan kelulut dengan sama rata, kedua-dua kotak akan ditukar2 kedudukan dalam selang se

Lawatan Pegawai Pertanian Pahang

Image
Pada hari Isnin yang lalu, tapak projek kami telah menerima kunjungan En Zainol daripada Pejabat Pertanian Pahang untuk membuat penilaian awalan. Beliau hadir keseorangan pada jam 11.00am setelah seorang lagi pegawai pembangunan tidak dapat menghadirikan diri disebabkan kekangan masa di pejabat. Beliau merupakan seorang kenalan semasa aku menghadiri mesyuarat tindakan BTM di SUK Pahang. Seorang yang sangat vokal dalam bersuara. Komen beliau ialah terdapat koloni yang terdedah dengan cuaca panas. terutama apabila waktu petang. Beliau mencadangkan agar kedudukan pintu masuk tidak berhadapan dengan kedudukan matahari naik dan turun. terutamanya pada waktu petang di mana jangkamasanya amat panjang berbanding dengan waktu pagi. Secara keseluruhannya beliau amat berpuashati dengan keadaan projek dan agak terperanjat kerana kami masih tidak memulakan proses penuaian madu lagi. Sebenarnya aku je yang melengah-lengahkanya kerana tidak mahu kelulut stress selepas proses pemindahan dalam kot