Projek Kelulut - Latest Update

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberkati usaha yang kami lakukan. Sejumlah 40 koloni kelulut telah berjaya dipindahkan ke tapak tetap. Sasaran untuk mendapatkan 50 koloni sebelum bulan Jun rasanya semakin hampir dicapai. Hanya perlu tambahan 10 koloni baru yang akan dibeli dalam bila-bila masa sahaja. Buat masa kini, kami sedang membuat penambahan platform kotak yang baru dan akan digunapakai setelah koloni baru diperolehi.

Bersyukur juga walaupun cuaca agak panas dilanda kemarau, pokok durian sedang mula mengeluarkan bunga. Dijangka bunga durian akan mula mekar dalam masa 2-3 bulan lagi. Pada waktu ini kami akan mula mengeluarkan madu .



Madu Plus : Putik Bunga Durian

Madu Plus : Putik Bunga Durian

Madu Plus : Tambahan Platform sedang dirancang

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli