Posts

Showing posts from March, 2014

Kelulut Oh Kelulut!

Image
Madu Plus : Kelulut Trigona Itama Madu Plus : Trigona Itama Gambar ini adalah disumbangkan oleh rakan di Kulim Kedah. Kredit to Mr Hisham atas pic yang disumbangkan. Rasanya dah banyak pic koloni kelulut tetapi almost tiada gambar kelulut secara close & personal. So kali ini saya pamerkan gambar kelulut sedang menghisap madu di bunga pokok jambu. Kelulut sebagai agen pendebungaan yang terbaik sedang menjalankan tugasnya yang dianugerahkan Allah SWT kepadanya tanpa gagal. Seharusnya dalam setiap kebun semestinya ada satu koloni kelulut untuk membantu proses pendebungaan bagi meningkatkan hasil tanaman dengan kos yang paling miniman.

Cubaan Pemindahan Koloni

Image
Terdapat satu sarang koloni kelulut yang bersarang dalam batang pokok chempedak di dalam kebun. Terasa sayang untuk memotong pokok tersebut bagi mendapatkan sarang kelulut ini kerana pada setiap tahun pokok ini sentiasa berbuah dan buahnya amat manis. Maka kami cuba memperaktikkan keadeah yang diajarkan secara lisan semasa Kursus Kelulut dahulu. Ianya tidak terdapat dalam nota kuliyah tetapi kena bertanya dengan penceramah. Caranya amat mudah seperti berikut:- 1) Buatkan satu kotak yang sederhana saiz. Kalo boleh setakat 8 in x8 in x8 in sahaja. Kotak yang kami gunakan merupakan kotak recycle daripada kota madu sebelum ini. 2) Tebuk dua lubang dihadapan dah dibelakang kotak. Lubang dihadapan dijadikan laluan masuk baru dan dilubang dibelakang dijadikan saluran masuk ke dalam sarang asal. 3) Alihkan pintu masuk asal kelulut ke lubang baru di hadapan. 4) Lubang belakang disambung antara kotak dengan lubang masuk sarang asal menggunakan paip getah yang telah disalut dengan tape hi

Madu Plus : Madu Kelulut

Image
Madu Plus akan berada di pasaran tidak lama lagi. Pic yang diselitkan adalah untuk promo mengenai produk Madu Plus yang akan dikeluarkan tidak lama lagi sekira diizikanNYA. Walaubagaimanpun kami masih belum decide bentuk botol yang akan digunapakai serta lakaran label. kena rujuk kat orang yang pakar. Madu yang diisi dalam botol ini adalah madu yang diperolehi daripada proses pemindahan koloni kelulut daripada batang kayu ke kotak madu. Madu Plus : Up Close & Personal Madu Plus : Sneak Peek

Projek Kelulut - Latest Update

Image
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberkati usaha yang kami lakukan. Sejumlah 40 koloni kelulut telah berjaya dipindahkan ke tapak tetap. Sasaran untuk mendapatkan 50 koloni sebelum bulan Jun rasanya semakin hampir dicapai. Hanya perlu tambahan 10 koloni baru yang akan dibeli dalam bila-bila masa sahaja. Buat masa kini, kami sedang membuat penambahan platform kotak yang baru dan akan digunapakai setelah koloni baru diperolehi. Bersyukur juga walaupun cuaca agak panas dilanda kemarau, pokok durian sedang mula mengeluarkan bunga. Dijangka bunga durian akan mula mekar dalam masa 2-3 bulan lagi. Pada waktu ini kami akan mula mengeluarkan madu . Madu Plus : Putik Bunga Durian Madu Plus : Putik Bunga Durian Madu Plus : Tambahan Platform sedang dirancang

Transferring & Splitting Colonies

Image
 Transferring & Splitting  Transferring & Splitting Colony 2 Selepas balik daripada kursus, aku berpeluang untuk mempraktikkan ilmu yang baru dituntut into action. Kalau sebelum ini aku pisahkan kedua-dua kotak di dua lokasi berbeza, tetapi pada kali ini aku letakkan kedua-dua kotak berdekatan. Kotak yang mengandungi ratu kelulut diletakkan dibahagian atas manakala kotak yang hanya ada sel ratu diletakkan dibahagian bawah. Ini bagi membolehkan kelulut membuat pilihan untuk masuk kedua-dua kotak dan terbahagi secara sama rata. Pembahagian yang sama rata akan membolehkan kedua-dua koloni mencukupi bilangan kelulut yang bertugas untuk memperbaiki sarang yang telah terpisah dua dan memastikan cukup tempoh masa penentasan anak2 kelulut yang baru dan ratu kelulut. Ianya harus ditukar kedudukannya selama sejam pada hari pertama pemisahan sahaja. Walaubagaimanapun, syarat2 asas pemilihan koloni yang boleh dipisahkan masih perlu dipatuhi.  kalau ingin tahu bagai kol