Followers

Thursday, February 6, 2014

Perkembangan Terkini Projek

Madu Plus : Barisan Koloni Kelulut
Saje aje nak kongsikan sedikit perkembangan projek lebah kelulut. Sudah 20 ++ koloni kelulut telah berjaya dipindahkan daripada dalam kayu balak kepada kotak-kotak madu yang dibuat khas. Kemudiannya kotak2 ini diletakkan di atas platform yang dibina khas, yang mana pada setiap kayu telah diletakkan kain yang dicelupkan dengan minyak hitam bagi menghindarkan semut dan anai-anai. Kayu juga telah dipilih daripada jenis kayu yang telah dimasak dan pada hujung yang dibenamkan ke dalam tanah telah disapu juga dengan minyak hitam bagi menghindarkan serangan anai2. Kalau kena serang juga, sembur ajer ler dengan redsect tetapi kena perhatikan arah angin sebelum semburan dibuat. Jangan sampai residu semburan mengenai kotak kelulut yang lain..

Barisan Kotak-kotak Kelulut

Kotak Kelulut ditutup dengan zink untuk mengelakan hujan dan mengekalkan suhu.
Bekalan 10 koloni kelulut yang baru ditempah daripada Kubang Kerian sudah sampai semalam 6/2/2014 jam 5.00pm. Ini bagi memastikan aku mempunyai 50 koloni sehingga pertengahan tahun. Aku memerlukan masa 2-3 minggu untuk memastikan semua koloni baru dipindahkan ke dalam kotak kelulut.

Madu Plus Resources akan muncul.

3 comments:

adam mohd alias said...

salam, berjaya menghasilkan madu? semoga sukses!

Abdulz said...

belum lg sbb skg tgh trf koloni ke dalam kotak kelulut yg baru. kena tunggu dalam 6bln..

Abdulz said...

Tuaian Pertama melibatkat 8 koloni telah menghasilkan 2Kg Madu