Posts

Showing posts from February, 2014

Kursus Asas Ternakan Lebah Kelulut MARDI

Image
Org Kuat Mardi - Hj Hamdan Pada 25-26/2 bertempat di MARDI Serdang, telah diadakan kursus asas ternakan lebah kelulut yang telah disertai seramai 30 daripada 31 peserta yang telah mendaftar. Beberapa nama yang mendaftarkan diri mereka dalam blog aku juga telah menyertai kursus ini seperti Hj Romali dari  Kelantan, Pn Ratena, En Shafri dan lain-lain. Terima kasih kerana menyertai kursus ini. Semoga ilmu yang diperolehi daripada kursus ini dapat diaplikasikan semasa menjalankan projek kelulut ini pada masa hadapan. Sekiranya memerlukan sokongan bolehlah berhubung dengan aku atau rakan perserta yang lain. Penerangan Kenali Kelulut Liar di Lapangan Pada pagi 25hb, kami telah didedahkan teori ternakan lebah kelulut terutama jenis2 yang ada di Malaysia serta jenis yang boleh di komersilkan. kami juga telah didedahkan banyak perkara mengenai habitat kelulut, lokasi pencarian madu/pollen, heraki koloni kelulut yang tidak banyak berbeza dengan Lebah Madu. Demonstrasi Koloni Kelulut

Pemindahan Koloni Kelulut : Diteruskan..

Image
Madu Plus : Penyediaan Kotak Kelulut Madu Plus : Pemindahan Pintu Masuk Sarang Baru Madu Plus : Sarang Kelulut yang telah dibelah Madu Plus : Telur Kelulut & Kantung Madu Madu Kelulut : Proses Pemindahan Kantung Madu

Perkembangan Terkini Projek

Image
Madu Plus : Barisan Koloni Kelulut Saje aje nak kongsikan sedikit perkembangan projek lebah kelulut. Sudah 20 ++ koloni kelulut telah berjaya dipindahkan daripada dalam kayu balak kepada kotak-kotak madu yang dibuat khas. Kemudiannya kotak2 ini diletakkan di atas platform yang dibina khas, yang mana pada setiap kayu telah diletakkan kain yang dicelupkan dengan minyak hitam bagi menghindarkan semut dan anai-anai. Kayu juga telah dipilih daripada jenis kayu yang telah dimasak dan pada hujung yang dibenamkan ke dalam tanah telah disapu juga dengan minyak hitam bagi menghindarkan serangan anai2. Kalau kena serang juga, sembur ajer ler dengan redsect tetapi kena perhatikan arah angin sebelum semburan dibuat. Jangan sampai residu semburan mengenai kotak kelulut yang lain.. Barisan Kotak-kotak Kelulut Kotak Kelulut ditutup dengan zink untuk mengelakan hujan dan mengekalkan suhu. Bekalan 10 koloni kelulut yang baru ditempah daripada Kubang Kerian sudah sampai semalam 6/2/2014 ja