Followers

Tuesday, December 10, 2013

Projek Kelulut : Cubaan Pemindahan Koloni Pertama

Batang Kayu yang dibelah
Satu Koloni yang baru aku beli dah hilang disebabkan terkena hujan yang lebat secara terus. Kami agak tidak bersedia sedikit dengan batch yang baru ini disebabkan musim hujan yang berpanjangan. koloni diletakkan secara rambang dan tanpa proper protection. Lawatan pagi mendapati satu koloni telah hilang.
So langkah penyelamat terpaksa dibuat dengan membelah kayu untuk mendapatkan sarang telur.

Telur Kelulut yang diperolehi.
 Bekas telur kelulut dari koloni ini diperolehi dengan membelah kayu secara berhati-hati. Kemudian ianya diletakan dalam kotak kelulut yang baru spt dalam gambar di atas. kemudian ianya ditutup kemas dengan menggunakan salotape bagi mengelakan cahaya masuk. Kemudian aku membuka kotak madu koloni sedia ada dan mengambil sedikit lilin, polen dan kantung madu untuk dimasukan dalam kotak madu baru. Kemudian koloni sedia ada dipindahkan ke lokasi lain dan kotak madu baru diletakkan dilokasi asal.


Kelulut telah membuat saluran masuk

Proses ini hanya berjaya apabila koloni baru membuat sarang telur dan menghasilkan queen yang baru. ianya akan diperikasa dalam minggu2 yang akan datang.

Latest Update 31/12/2013: Projek terbengkalai disebabkan serangan monyet liar yang telah memusnahkan kotak madu ini dan memakan segala madu yang tersimpan. cam nak menangis je..

No comments: