Karnival Peladang & Penternak @ Kuantan

Pada 14hb, aku sempat meluangkan masa melawat tapak karnival dengan tujuan utama untuk mendapatakn sebanyak mana maklumat mengenai penternakan kelulut di Malaysia dan Pahang khasnya. Sampai di sana aku melawat khemah utama yang menempatkan pemamer utama daripada setiap negeri. Perjalanan aku membawa ke Pavilion Negeri Perlis. Seperti biasa Ita & Azlan ada di sana. Kami berjumpa semula selepas mereka membekalkan 5 haif lebah di kebun aku dulu. Banyak yang kami sembangkan terutamanya mengenai perkembangan koloni lebah aku tu. Alhamdullilah Koloni lebah sedang berkembang. Frame ke-6 yang dimasukan telah mula terbina kom madu yang banyak. Kalau tidak disebabkan sekarang sudah masuk musim tengkujuh, sudah pasti aku mula memasukan frame yang ke-7.

Selepas melawat Pavilion Perlis aku ke Pavilion Pahang pula. di sini aku berkenalan dengan En Saidi seorang pengusaha baru lebah madu di Nenasi Pekan. Beliau berkongsi dengan Keluarganya dalam mengusahakan 100 koloni lebah melfera di nenasi. kami sempat bersembang mengenai tip2 pengajaan lebah. Antara yang dapat aku kutip adalah sekiranya hendak menjadikan koloni lebah super, kita dikehendaki memberikan lebah air gula dan pollen selama 40 hari tanpa gagal. In Shaa Allah koloni kita akan dapat diupgrade kepada Koloni Super selepas itu. Aku sempat juga bertanya mengenai pembekal botol madunya dan ternyata beliau tidak lokek dengan berkongsi maklumat tersebut.

Selepas itu aku melawat ke Khemah Mardi yang terletak di tempat bekas stesen bas sementara di hadapan Stadium Darul Makmur. Aku terus ke kiosk lebah kelulut yang dijaga oleh En Salim daripada Mardi. Banyak yang kami bincangkan. Ianya lawatan yang sangat berharga. Hanya meluangkan masa sejam saja tetapi mendapat info yang memerlukan 20 tahun untuk pencarian di lapangan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli