Posts

Showing posts from October, 2013

Update @ 15 October : Projek Lebah Kelulut

Image
Ini gambar terkini perkembangan Lebah Kelulut saya setelah 2-3 hari diletakkan Kotak Madu. Pada keadaan sekarang kotak madu hendaklah diperiksa selalu bagi melihat perkembangan pembinaan sarung2 madu dan pollen yang baru dalam Kotak Madu. ianya hendaklah dipantau dengan rapi kerana terdapat kemungkinan Lebah Kelulut menutup lubang yang dibuat sekiranya kotak madu tidak ditutup dengan baik kerana terdapat banyak cahaya yang masuk daripada celahan penutup kotak. Pada peringkat ini, Lebah Kelulut tidak suka kepada pendedahan cahaya yang banyak. So kena pastikan penutup kotak madu ditutup kemas dengan salotape. Sarang Lebah Kelulut dalam Kotak Madu

Perangkap Kelulut Liar

Image
Perangkap Kelulut Liar yg Mudah dan Murah Cuti hujung minggu aku habiskan di tapak projek dengan membina perangkap lebah kelulut menggunakan batang buluh yang banyak di kebun. Ilmu ini aku dapati daripada pemerhatian dibuat menerusi Youtube mengenai teknologi lebah kelulut yang dijalankan oleh perserta di luar negeri terutamanya di Amerika Selatan. Kat sana mereka menggunakan botol2 air minuman 1.5l yang dibalut dengan kertas suratkabar dan plastik berwarna hitam kerana lumrah lebah kelulut mereka tak suka kepada cahaya dalam pemiliha sarang. So kalau tuan2 mahu pelajari teknologi mereka bolehlah gunakan Tag "Native Bees" or "Jatai". taip these tow words kat youtube and klick serach. Perangkap Lebah Kelulut dan Lebah Madu : Yang mana akan mengena dahulu? Perangkap Lebah Kelulut yang siap terpasang Walaupun mudah dan murah menggunakan buluh tetapi ianya masih memerlukan nasib yang baik dan limpahan rezekiNYA untuk mengena. Bilakah jangkaan Lebah Kelulu

Expansion project II : Tambahan 10 Koloni Kelulut & 5 Haif Lebah Madu Melliferra

Image
Projek Lebah Kelulut kami telah maju dua tapak ke hadapan. Tapak pertama ialah dengan penambahan 10 koloni kelulut baru yang ditempah daripada Kelantan. manakala tapak yang kedua ialah dengan penerimaan 5 haif lebah madu melliferra yang ditempah khas daripada Perlis. Haif Lebah Madu dan Kelulut Buat sementara ini untuk projek lebah madu kami bermula dengan 5 haif sahaja untuk ujian. Masalah pertama yang timbul adalah tabuan yang sering kali menyerang lebah untuk dimakan. Terpaksa la kami bermain badminton pada setiap hari dengan tabuan ini dan secara purata antara 2o ekor tabuan dibunuh. Kami dalam proses mengesan sarang tabuan ini untuk dimusnahkan.  Platform sementara + penambahan air gula utk meningkatkan koloni Koloni lebah madu masih dalam proses meningkatkan kekuatan koloni dengan diberikan makanan tambahan berupa air gula dan pollen yang diberikan mengikut sukatan yang disyorkan oleh tenaga pengajar kami di Pusat Apiari Nasional Parit Botak. Setiap Haif yang dibeli