Lebah Kelulut : Update 23 Sep 2013

Ini adalah update terkini projek kelulut aku yang dimulakan semasa bulan Ramadhan yang lepas. Buat masa kini semua koloni kelulut sudah dipasang kotak Madu yang ditempah Khas. Kepada sesiapa yang berminat untuk membelinya bolehlah PM di no HP saya.


Berdasarkan pemerhatian pada setiap hari, ke semua koloni kelulut telah membuat sarang madu dalam kotak madu yang dipasang. Kami akan pastikan semua kelulut serasi dengan kotak madu ini terlebih dahulu dan koloni kelulut makin sihat dengan penambahan bilangan lebah kelulut baru yang dihasilkan.


Tuaian akan dibuat selepas bilangan madu dan pollen bertambah. Pemerhatian akan dibuat pada setiap hari bagi memastikan kelulut tidak menutup lubang kotak madu dan juga memastikan serangan anai2 dan semut dapat dikurangkan seminimum mungkin. Ini kerana kelulut akan menutup lubang yang dibuat sekiranya terdapat serangan semut atau anai2..
Serangan semut ini juga telah mengakibatkan satu sarang kelulut kami telah hilang di mana koloni kelulut telah berpindah ke tempat lain.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli