Followers

Friday, September 20, 2013

Kursus Asas Perlebahan Komersil : Pemindahan Koloni Apis Cerana

Pada kursus ini kami telah diberikan cara bagaimana untuk memerangkap lebah liar menggunakan perangkap lebah dan kemudiaannya memindahkannya dalam hive yang disediakan. Lebah yang telah membuat sarang dalam perangkap ini dibiarkan dalam sebulan dua sehingga lebah telah membuat kom.

Gambar Gelodok : Perangkap Lebah Liar daripada batang sagu
Hive kosong disediakan dengan frame yang secukupnya mengikut bilang sarang yang dibuat oleh lebah.
Koloni Lebah disediakan utk dipindahkan




Sarang sedia untuk dipindahkan
Perangkap lebah liar yang telah dibuka dan bersedia untuk dipindahkan ke frame dan seterusnya masuk ke hive. Susunan frame hendaklah mengikut sususan sarang lebah yang asal.

Frame yang telah siap dipindahkan dalam hive
Setelah semua kom dimasukan dalam frame spt pic di atas, ianya dimasukan dalam hive mengikut urutan yang sebenar dalam sarang asal. Bagi menguatkan koloni untuk membina kom2 yang baru, boleh dimasukan campuran pollen+gula untuk memberi makanan tambahan.

Koloni yang telah siap dipindahkan
Proses pemberian makanan tambahan hendaklah dibuat secara berkala sehingga koloni telah benar2 sihat dan kuat untuk mencari makanan sendiri.
Golden Agro Resouces : ehsan Pusat Apiari Nasional


No comments: