Followers

Wednesday, July 31, 2013

Lebah Kelulut : Update 2 @ 31 July

Pada 28hb July, selepas subuh aku turun ke kebun. Ingatkan nak pindahkan semua sarang ke atas bukit tapi bila sampai, semua sarang telah menujukkan lebah semua telah keluar untuk berkerja. Cepat betul depa ne gi kerja. Aku juga dimaklumkan oleh penjaga kebun, 6 sarang telah dipindahkan ke atas bukit dan hanya 4 sarang yang tinggal di bawah. So aku gunakan masa yang ada untuk memasang platform sarang dengan menggunakan tong (sampah dan cat). Setaip tong diisikan tanah untuk memberatkannya dan menjadikannya lebih stabil sikit. Aku juga telah membuat sample kotak madu menggunakan sample yang dibuat oleh Pembekal. So kat sini aku share sedikit gambo yang telah aku buat. Dalam bidang ini tiada yang betul atau salah. Semuanya menggunakan segala pengalaman dan resource yang ada untuk mengurangkan kos permulaan.
Aku pening camne nak betulkan gambo camne... Sabo aje la


Anak Bongsu dipaksa menjadi Model 

Toya jer muka dia bila disuruh action!!
Setiap tong perlulah dilumur dengan minyak hitam untuk menghindarkan semut yang amat tertarik dengan madu yang terdapat dalam setiap sarang. kalu kita dekat dengan sarang ne pun sudah terbau Madu Kelulut yang Masam2 Manis tur. Sedap Giler.

30hb aku telah berhubung dengan En Fahmee untuk bertanyakan mesin menyedut madu kelulut yang dikeluarkan oleh pihak Mardi. Dukacitanya dimaklumkan mesin yang berharga RM2k itu telah tidak dikeluarkan lagi oleh pihak mardi. Walaubagaimanapun beliau mencadangkan supaya saya menggunakan mesin mengepam susu ibu. Ianya murah dan pratika tetapi kena buat ubahsuaian sedikit supaya dapat digunapakai untuk menyedut madu lebah ini. So kena carik mesin yang baru ne..

31hb aku gi ke sebuah kedai kayu hasil bantuan sahabat lama. tujuannya adalah untuk meminta tukang kayu tu buat kotak madu dengan mengikut ukuran yang sebenar. Ini kerana hasil percubaan aku memang x boleh pakai. Terlalu banyak ruangan antara kayu yang membenarkan cahaya masuk ke dalam sarang. Cahaya yang terang akan membuatkan lebah kelulut menutup lubang yang dibuat dan tidak akan memindahkan lokasi kantong madu ke dalam kotak madu. Ini kerana sebelum kotak madu dipakukan atas batang balak, sarang hendaklah dipotong sedikit sehinggalah ke paras kantung madu. Sebolehnya semua kantung madu hendaklah dibuang sepenuhnya. dengan ini lebah kelulut akan membina kantung madu yang baru dalam kotak Madu yang telah dibuat lubang ditengah2nya.

No comments: