Posts

Showing posts from July, 2013

Lebah Kelulut : Update 2 @ 31 July

Image
Pada 28hb July, selepas subuh aku turun ke kebun. Ingatkan nak pindahkan semua sarang ke atas bukit tapi bila sampai, semua sarang telah menujukkan lebah semua telah keluar untuk berkerja. Cepat betul depa ne gi kerja. Aku juga dimaklumkan oleh penjaga kebun, 6 sarang telah dipindahkan ke atas bukit dan hanya 4 sarang yang tinggal di bawah. So aku gunakan masa yang ada untuk memasang platform sarang dengan menggunakan tong (sampah dan cat). Setaip tong diisikan tanah untuk memberatkannya dan menjadikannya lebih stabil sikit. Aku juga telah membuat sample kotak madu menggunakan sample yang dibuat oleh Pembekal. So kat sini aku share sedikit gambo yang telah aku buat. Dalam bidang ini tiada yang betul atau salah. Semuanya menggunakan segala pengalaman dan resource yang ada untuk mengurangkan kos permulaan. Aku pening camne nak betulkan gambo camne... Sabo aje la Anak Bongsu dipaksa menjadi Model  Toya jer muka dia bila disuruh action!! Setiap tong perlulah dilumur denga

Lebah Kelulut : Update 1 @ 26 July

Image
Seperti yang dirancang, Pembekal sampai di Kuantan pada cuti Nuzul Quran yang lalu tepat jam 4.30am. Aku baru aje nak bersahur. Seusai sahur aku minta dia terus gi kat Masjid Beserah dan tunggu di sana. Lepas solat Subuh, aku terus ke Masjid Beserah. En Azlan minta datang cepat kerana hari semakin cerah dan kelulut sudah mula nak keluar sarang. Dia maklumkan semua sarang tidak ditutup. Tepat jam 6.30am aku sampai di Kebun selepas bertemu En Azlan di Masjid Beserah. Proses unloading Sarang Kelulut dilakukan dengan cepat kerana Lebah Kelulut sudah mula nak keluar untuk mencari makanan. Aku cuma mengarahkan sarang diletakkan secara random di bawah setiap pokok durian untuk sementara sebelum ianya dipindahkan dilokasi tetap di atas bukit. Lokasi sekarang agak berisiko untuk dilanda banjir kalau hujan lebat. unloading  koloni Kelulut Demo MeletakKan Kotak Madu  En Azlan juga telah menunjukan demo bagaimana memotong batang balak untuk dijadikan platform sebelum meletakkan kotak mad

Lebah Kelulut : First Venture

Image
Esok amat bermakna bagi aku kerana tempahan 10 koloni kelulut daripada pembekal di Sg Petani akan samapi awal pagi. Mujurlah esok adalah hari cuti am di Pahang. So bolehlah aku uruskan proses meletakkan kesemua koloni kelulut di kebun. Pembekal telah berjanji untuk menghantarnya malam ini dan dijangka sampai pada awal pagi esok. Ini bermakna aku mengambil risiko yang agak besar dalam bidang ini. Tanpa ilmu di dada tetapi telah terjun dalam bidang ini. Nasib baik la lebah kelulut ini tidak perlu diberikan makanan, kalo idok musti mati kebulur semuanya kerana aku nyer komitmen amatlah kurang. Gambo atas adalah pic yang dihantar oleh pembekal. Antara koloni yang ada dalam stok mereka yang boleh dibeli oleh sesiapa yang berminat. Harga amat berpatutan. Apa2 feedback daripada transaksi pertama ini akan saya update dalam isu yang akan datang. Hopefully Allah SWT akan permudahkan urusan ini serta pemindahan teknologi dan pengetahuan yang akan berjalan lancar.