TKPM Pulau Manis

Taman Kekal Pengeluaran Makanan Pulau Manis

Lawatan secara tidak sengaja ke TKPM Pulau Manis sewaktu menjalankan kerja2 site survey di Lepar. Sifat ingin tahu bagaimana TKPM beroperasi telah membawa aku ke TKPM Pulau Manis yang dikawalselian Pejabat Pertanian Daerah Kuantan. Berdasarkan signboard ditepi jalan hanya menunjukkan 1.5KM jarak ke lokasi tetapi apabila sudah ditempuhi ianya lebih daripada itu. Adalah dalam  4.5KM dari simpang masuk tadi. Kalau tuan2 berjumpa dengan pintu masuk ladang YP Plantation maknanya anda sudah melalui jalan yang betul. Masuk ke simpang kiri sebelum sampai di pintu masuk Ladang YP Plantation ini dan tempuhi jalan 1.5KM lagi dan anda akan sampai ke sini.

Pemerhatian aku mendapati banyak lot kosong yang menandakan tanaman sudah dituai dan dalam proses penggantian tanaman yang baru. Terdapat juga plot yang sedang dalam proses tuaian seperti dalam gambar yang disertakan ini iaitu tanaman Peria dan Timun. Sebenarnya tujuan aku survey lokasi ini adalah dalam proses untuk membuat penilaian mengenai kesesuaian lokasi untuk aku melaksanakan projek ternakan lebah madu dan kelulut nanti. Ianya untuk mengesan punca nektar/bunga untuk lebah mencari makanan. Lokasi ini agak sesuai kerana skala tanaman yang besar dan secara berperingkat akan membekalkan sumber nektar yang berterusan sepanjang tahun. Ia juga akan menjadi agen pendebungaan kepada tanaman para pengusaha nanti. Perkongsian Bijak!!!





Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan merupakan satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan di dalam negara serta menggalakkan penglibatan pihak swasta untuk berkecimpung di dalam bidang pertanian.

Projek ini telah mula diperkenalkan sejak tahun 2000 dan sehingga tahun 2005, sebanyak 32 TKPM yang merangkumi kawasan seluas 4,085 hektar telah diwujudkan dan beroperasi di seluruh negara. Anggaran pengusaha yang terlibat adalah seramai 338 orang dengan kuantiti pengeluaran tanaman pada tahun 2005 mencapai 16 juta tan metrik yang bernilai RM18.49 juta.

Antara objektif projek TKPM adalah:
•Mewujudkan zon pengeluaran makanan yang kekal;
•Menggalakkan penyertaan usahawan tani dan swasta dalam pengeluaran makanan dan;
•Penanaman berterusan dan pengeluaran tanaman makanan yang berkualiti.

Konsep dan ciri-ciri projek TKPM yang telah dirangka adalah:
•Melibatkan MOU antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
•Kerajaan Persekutuan akan menyediakan kemudahan asas/ infrastruktur ladang
•Kerajaan Negeri akan menyediakan tanah yang perlu digazet sebagai TKPM
•Lokasi projek hendaklah sesuai dari segi tanah dan tapak
•Lot tanah disewakan kepada pihak swasta untuk satu jangka masa panjang dengan bayaran yang rendah
•Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyelaras perkhidmatan MoA. Inc
•Keluasan komersial untuk tanaman sayur adalah seluas 30 hektar
•Keluasan komersial untuk tanaman buah adalah seluas 50 hektar
•Mengguna pakai amalan teknologi terkini
•Penanaman dan pengeluaran berterusan dan berkualiti (GAP/SALM)
•Sasaran pendapatan peserta adalah melebihi RM3000 sebulan
•Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang berpengalaman
•Peserta perlu menyediakan pelan bisnes yang lengkap termasuk kesesuaian tanah dan cuaca serta mengambil kira BOT dan Kluster.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli