Posts

Showing posts from June, 2013

Peralatan Penternakan Lebah

Image
Penternakan Lebah memerlukan peralatan yang tertentu. Aku x boleh nak explain nama dan jenis alatan yang digunakan. Sebab aku pun x abis skolah lagi dalam bidang ini. So aku share ajer peralatan yang digunapakai dalam industri ini bagi penghasilan madu. 

Cameron : Bee Farm

Image
Penghujung cuti persekolahan yang lalu, kami sekeluarga sempat singah bermalam semalam sahaja di Cameron Highland dalam perjalanan pulang ke Kuantan daripada Ipoh. Selepas penat bermain air seharian di Lost World Of Tambun, kami sekeluarga naik ke Cameron Highland. Semasa dalam perjalanan naik kami singgah di Bee Farm untuk melihat bagaimana lebah diternak serta peralatan yang digunakan.                                             Kotak Koloni Lebah Madu                                                 Koloni Lebah Kelulut Hutan                                           Deretan Koloni Lebah Madu dan kelulut Lawatan kat Farm ne x berapa menarik sangat sebab material yang ditunjukkan sangatlah basic. Hanya berapa kotak koloni lebah dansatu kelulut. Ianya lebih ditujukan untuk menjadi pusat jualan hasil produk lebah sahaja. Pertanyaan aku kat pekerjanya, lebah diternak di beberapa lokasi yang lain seperti di Melaka etc. So kalau sesiapa yang berhajat nak datang ke sini untuk

TKPM Pulau Manis

Image
Taman Kekal Pengeluaran Makanan Pulau Manis Lawatan secara tidak sengaja ke TKPM Pulau Manis sewaktu menjalankan kerja2 site survey di Lepar. Sifat ingin tahu bagaimana TKPM beroperasi telah membawa aku ke TKPM Pulau Manis yang dikawalselian Pejabat Pertanian Daerah Kuantan. Berdasarkan signboard ditepi jalan hanya menunjukkan 1.5KM jarak ke lokasi tetapi apabila sudah ditempuhi ianya lebih daripada itu. Adalah dalam  4.5KM dari simpang masuk tadi. Kalau tuan2 berjumpa dengan pintu masuk ladang YP Plantation maknanya anda sudah melalui jalan yang betul. Masuk ke simpang kiri sebelum sampai di pintu masuk Ladang YP Plantation ini dan tempuhi jalan 1.5KM lagi dan anda akan sampai ke sini. Pemerhatian aku mendapati banyak lot kosong yang menandakan tanaman sudah dituai dan dalam proses penggantian tanaman yang baru. Terdapat juga plot yang sedang dalam proses tuaian seperti dalam gambar yang disertakan ini iaitu tanaman Peria dan Timun. Sebenarnya tujuan aku survey lokasi ini adalah d

Pokok Anggur : Memangkas dan membaja

Image
Pokok Anggur : Cubaan Pertama Kepulangan ke rumah ayah pada hujung Mei yang lalu telah membawa aku untuk melaksanakan eksperiman kat pokok anggur yang aku tanam pada penghujung tahun yang lalu. Pokok anggur berdaun yang lebat tetapi masih x berbuah. so kepulangan aku kali ini dengan misi untuk membuatkan pokok anggur aku mula berbuah dan tidak selamanya gila daun ajer. So proses yang pertama aku buat adalah menabur baja buah di sekiling pangkal pokok. disebabkan ianya proses try n error so aku tak sukat ler brape banyak baja yang perlu ditabur. main tabur sesuka hati ajer. Setelah baja buah dan bunga ditabur, so mulalah proses menoggelkan pokok anggurku. semua tunas dan dahan yang kecil/ berwarna hijau aku buang. hanya dahan yang besar dan berwarna colkat sahaja yang tinggal. Melihat pokok anggur yang sudah toggel, ayah aku risau plak. takut2 pokok anggur ne terus kojol. tapi aku kata kat ayah, kita tengok dalam masa sebulan dua. In Shaa Allah pokok akan mula keluarkan b