Followers

Tuesday, March 8, 2011

Penyakit Buah Salak

PENYAKIT BUAH SALAK
  • Reput buah (Marasmiellus spp.)
    Buah diserang akan reput di bahagian pangkal.  Kelihatan misellium putih berbentuk kipas pada buah diserang.  Serangan sering berlaku di musim hujan.  Musnahkan pelepah yang dipangkas dan jga kebersihan ladang.
     
  • Bintik daun (Pestalotiopsis spp.)
    Bintik perang kecil yang kemudiannya membesar dan bercantum.  Serangan serius menyebabkan daun menjadi kering.  Pangkas pelepah daun yang diserang.  Beri pembajaan yang mencukupi.
PEROSAK BUAH SALAK
  • Kumbang pengorek pucuk (Protocerius colossus)
    Kumbang memakan pucuk.  Bila serangan teruk pucuk tanaman akan mati  Pangkas pucuk yang diserang.  Musnahkan larva dan kumbang,
     
  • Kumbang pengorek buah (Omotemnus miniatrocnitus)
    Serangan menyebabkan buah menjadi busuk dan berair.  Musnahkan kumbang dewasa.
     
  • Pianggang penghisap buah (Tolumnia spp.)
    Serangan  pada buah muda menyebabkan buah terbantut.  Pada buah yang tua pula mutu buah akan menurun.  Musnahkan serangga dewasa.
     
  • Ulat penggulung daun (Hidari spp.)
    Larva bersembunyi di dalam gulung-gulung daun lalu memakan daun.  Kawasan secara manual.
  PENYAKIT TANAMAN ROSELLE
  • Reput dan / reput batang (Coniella musasiaensis)
    Daun dan batang menjadi reput dan boleh menjejaskan hasil.  Serius ketika musim hujan. 
    Elakkan penanaman pada musim tengkujuh

PENYAKIT TEBU KUNING
  • Smut (bulir hitam - Ustukagi scitaminea)
    Pokok terbantut, hujung batang dan pucuk diselubungi bulir hitam.


PENYAKIT LABU, PETOLA, PERIA, TIMUN

  • Kulapok downy
    Bintik-bintik bersegi berwarna kekuninan di atas daun.  Sembur dengan racun kulat seperti metalaxyl atau carbendazim.
     
  • Kulapok berdebu
    Kulat berdebu di bahagian bawah daun.  Daun menjadi perang, kuning dan berkedut.  Sembur dengan racun kulat seperti  carbendazim atau tridemorph.
     
  • Lecuh anak benih
    Pangkal anak benih seakan lecuh.  Anak benih layu, rebah dan mati.  Rawat biji benih dengan racun kulat seperti mancozeb, metalaxyl + mancozeb.
     
  • Antraknos
    Bintik-bintik berpussar dan berwarna hitam pada bahagian yang diserang.  Semburkan dengan racun kulat seperti maneb, zineb, chlorothalonil, carbendazim atau mancozeb.

 
PENYAKIT DAN PENYEBAB BAGI TANAMAN CILI, TERUNG DAN TOMATO
  • Bintik daun (Cercospora capsici)
    Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun.  Amalkan tanaman giliran.  Sembur dengan racun kulat seperti chlorothalonil, mancozeb.  Rawat biji benih dengan racun kulat.
     
  • Hawar pucuk (Choanephora cucubitarum)
    Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam, terdapat spora-spora hitam pada pucuk.  Rawat biji benih dengan racun kulat.
     
  • Reput pangkal (Sclerotium roolfsii)
    Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput.   Rawat biji benih dengan racun kulat.
     
  • Lecuh anak benih (Phthium sppp. dan Rhizoctonia spp.)
    Pangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuhh.  Anak benih layhu, rebah dan mati.
     
  • Layu bakteria ( Ralstonia solanacearum)
    Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati.  Jika akar atau batang dipotong atau direndam dalam air akan mengeluarkan cecair jaluran putih.  Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit dan amalkan tanaman giliran.  Perlu saliran yang baik.
     
  • Antraknos Buah
    Sembur racun kulat seperti Mancozeb

No comments: