PANDUAN PENANAMAN POKOK SALAK

PANDUAN MENANAM SALAK


Dua jenis salak yang dimajukan secara komersil pada masa ini ialah salak tempatan (Salacca glabrescens Griff) dan salak Indonesia (Salacca edulis Reinw).  Di antara salak tempatan yang popular ialah salak raja, salak belulang, salak nangka dan salak kesumba. Salak Indonesia yang popular di sini terdiri daripada salak medan dan salak bali.

Dari segi mutu, salak Indoneisa adalah teknologi penanaman salak perlu diberi perhatian:


PENDEBUNGAAN

Bagi salak tempatan, pendebugaan boleh berlaku melalui angin dan serangga.Ini berbeza dengan salak Indonesia yang memerlukan pendebugaan berbantu kerana tidak banyak spesies serangga yang tertarik dengan debunganya. Bagi pegeluaran secara komersil, pendebugaan berbantu adalah digalakkan untuk pegeluaran hasil yang lebih tinggi.

NAUNGAN

Pokok salak memerlukan naungan yang berbeza megikut peringkat pertumbuhan pokok. Pada peringkat awal pertumbuhannya, pokok salak memerlukan 70-80 % naungan tetapi apabila pokok telah matang, ianya memerlukan 40-50 % naungan sahaja.

SISTEM PENANAMAN

Sistem penanaman dan jarak tanaman bergantung kepada jenis lindungan dan tahap kesuburan tanah. Bagi sistem tanaman yang disyorkan ialah 6 m X 3 m dengan menggunakan pokok Gliricidia sebagai pokok pelindung.

TANAH

Salak sangat sesuai ditanam pada tanah lom berlempung yang tinggi kandungan bahan organik, bersaliran baik dan kecuraman permukaan tanah kurang daripada 10 %. Penanaman juga sesuai dikebanyakan jenis tanah mineral, tetapi memerlukan penyelenggaraan yang lebih rapat terutama dari segi pembajaan dan naungan.

PEMBIAKAN

Satu masalah utama dalam industri tanaman salak ialah pembiakan. Penanaman menggunakan biji benih akan menghasilkan nisbah pokok jantan dan betina yang tidak menentu dan mutu buah yang tidak seragam. Kajian menunjukkan bahawa penanaman salak tempatan dengan menggunakan biji benih akan menghasilkan 50% pokok betina. Penyelidikan sedang dijadikan oleh MARDI untuk menggunakan kaedah pembiakan tampang.

Pembiakan tampang dapat menjamin mutu buah salak. Dengan itu masalah pokok jantan tidak timbul. Di antara kaedah pembiakan tampang yang digunakan ialah keratan batang salak, anak sulur dan teknik belah empat.

Daripada ketiga-tiga kaedah di atas, teknik penggunaan anak sulur lebih mudah dan dapat menghasilkan anak sulur yang banyak. Menggunakan kaedah ini, setiap pokok dapat mengeluarkan 2-10 sulur dan bilangan sulur dapat ditingkatkan sehingga 20-30 dengan mematikan pucuk pokok induk.

PEMANGKASAN

Dua kaedah pemangkasan perlu dijalankan dari masa ke masa; iaitu:-
  1. pemangkasan pelepah untuk memudahkan pemetik buah serta mengawal serangan musuh dan penyakit melalui pengudaraan.
     
  2. pemangkasan anak sulur di peringkat awal pertumbuhan untuk mengelakkannya daripada menyaingi pertumbuhan pokok induk. Pemangkasan juga akan memudahkan kerja-kerja pengendalian dan penuaian apabila pokok salak mula megeluarkan hasil.  Ia paling sesuai dilakukan selepas musim menuai.


HASIL

Pokok salak mula megeluarkan hasil tiga tahun selepas ditanam di ladang. Hasil akan bertambah dari tahun ke tahun dan mencapai 6-9 kg/pokok/tahun pada tahun ke tujuh.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli