Buah Mulberi

  1. During weekend, semasa menunggu waktu berbuka, aku ronda2 di belakang rumah dan snap gambar buah Mulberi yang sedang hampir masak.
  2. Buah Mulberi muda berwarna hijau dan akan bertukar kepada warna pink apabila makin membesar. Warna pink akan bertukar kepada warna merah dan  rasa buah pada waktu ini adalah sangat masam.
  3. Akhirnya buah Mulberi akan bertukar kepada warna purple pekat apabila sudah masak 100%. Pada waktu ini rasa buah adalah sangat manis sekali. Pada waktu ini, buah sudah boleh dipetik dan dimakan secara segar.
  4. Kalo nak buat jem Mulberi, buah yang masak 100% hendaklah dicampurkan sedikit dengan buat yang hampir masak (60-80%). Kadar pecahan aku tak tahu sebab buah mulberi aku belum cukup banyak nak buat esperimen. la ne cukup untuk aku makan anak beranak.
  5. Buah yang masam diperlukan bagi menggantikan air limau sebagai agen pengawet kalo x silap aku la.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli