Proses Semaian Pokok Mulberi

Pokok yang aku semai sudah menjulang tinggi dan kurang daunnya. Semalam aku abiskan masa surfing info pasal mulberi di Internet dan mengetahui bahawa pokok ini diperlukan prunning sentiasa bagi menggalakan tunas dan buah yang lebat. ia juga bertujuan untuk mengurangkan ketinggian pokok bagi tujuan penuaian buah yang buah.



So, polibeg yang aku isikan tanah untuk tujuan penyemaian pokok2 baru semalam akan digunapakai sedikit masa lagi. Peringat awal ialah kenalpasti dahan yang hendak dijadikan semaian. Potong menggunakan cutter atau gergaji. Dahan pokok mulberi yang berukurlilit seinci pun sudah cukup keras dan kena pakai gergagi. So untuk permulaan aku gondolkan pokok mulberi aku sebelah dahan sahaja. lagi sebelah akan aku gondolkan bila aku dah tambah polibeg dengan tanah. tak berkesempatan.



Dahan2 yang telah dipotong hendaklah dibuang daunnya dan dipotong pendek2 dengan ukuran 6-8inci. Selepas itu hendaklah direndamkan dalam air yang dicampurkan dengan hormon pengakar. Rendaman hendaklah dibuat semalaman bagi memastikan hormon diserap oleh dahan tadi. Ini merupakan pendekatan yang aku buat. Kalau tak nak tunggu lama, dahan yang telah dipotong2 pendek tadi terus sahaja dicelup dalam botol serbuk hormon penggalak akar. Selepas dicelup terus aja dicucuk dalam polibeg yang mengandungi tanah.



Petang ne lepas opis aku akan semai dahan2 pokok mulberi ini kat dalam polibeg yang aku isi tanah. Lepas tu jangan lupa untuk siram air.

Kepada sesiapa yang ada pengalaman penanaman pokok mulberi ini, sudilah kiranya berkongsi pengalaman dengan saya.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli