Followers

Tuesday, June 8, 2010

Jenis Burung Walit

Tahukah anda terdapat 13 spesis walit di Malaysia. Daripada 13 spesis tersebut hanya dua spesis yang boleh menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan. Ia terdiri daripada spesis Aerodramus Fuciphagas dan Aerodramus Maximus daripada keluarga apodiade. Ianya tergolong dalam keluarga apodiformus yang bermaksud berkaki lembik dan ia tidak berupaya untuk memijak kaki ke tanah. walaubagaimanapun ia mempunyai sepasang kaki yang berkuku mampu mencengkam dengan kuat. Mempunyai saiz badan antara 7.5cm - 23cm serta hidup dalam kelompok yang besar. Mampu terbang dalam keadaan gelap menggunakan ecolocation seperti kelawar.



source : www.jahaniwalit.com

No comments: