Pinjaman Tekun Nasional & Rakan Kongsi Dicari

TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawa


Yayasan Tekun Nasional menyediakan pinjaman serendah RM500.00 sehingga maksimum RM50,000.00 dengan caj pembayaran balik serendah 4% setahun. Proses pinjaman boleh dikatakan mudah kerana nilai pinjaman maksima tidak terlalu tinggi yang diberikan kepada seseorang peminjam. Tempoh bayaran untuk setiap pinjaman adalah sehinggan 5 tahun9 60 bulan). Yayasan juga akan mengenakan caj 5% untuk tujuan simpanan ahli yang akan dibayar balik setelah tempoh bayaran selesai.

Pembiayaan kepada usahawan baru dan sedia ada untuk menjalankan perniagaan berdasarkan usahasama pengusaha dan TEKUN Nasional secara berpakej

Aktiviti
Perniagaan berpakej seperti produk kecantikan, makanan sejuk beku, pusat tuisyen dan lain-lain jenis perniagaan yang akan ditentukan:

Syarat Kelayakan Asas
Bumiputera dan berumur 18 – 65 tahun.
• Mempunyai lesen perniagaan/ permit / daftar perniagaan yang sah.
• Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan/projek
• Satu pembiayaan untuk satu isi rumah.
• Tidak mempunyai rekod perniagaan yang tidak baik
• Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00

Syarat Tambahan
Syarat-syarat tambahan bagi pembiayaan TEKUN Rakan Niaga akan ditetapkan berdasarkan kepada MOU/perjanjian dengan pengusaha terlibat bagi sesuatu pakej pembiayaan.


Rakan Niaga Yayasan Tekun Nasional

Bil Syarikat Jenis Perniagaan
1. D’OR RUE SDN BHD Aksesori wanita dan barangan perhiasan berasaskan logam(kerongsang, tepak sireh, penanda buku etc)
2.
SAMATA INDUSTRIES SDN BHD
Bengkel membaiki motosikal
3. AEROSWIFT CONSULTANCY SDN BHD Burung layang-layang (Pengusaha rumah burung layang2)
(Insurans Takaful)
4. GLOBAL EXCELLENT MARKETING SDN BHD Burung layang-layang (Pengusaha rumah burung layang2)
5. GLOBAL MANAGEMENT TECHNOLOGY TRAINING SDN BHD E- Kiosk telekomunikasi
6. JUARA RASA MAJU SDN BHD Gerai burger
7. OTAI FRANCHISE SDN BHD Gerai burger
8. JAMBU 88 SDN BHD Gerai jambu (Jualan jus jambu & jambu potong)
9. OLI COLLECTION SDN BHD Hiasan dan kelengkapan rumah (Langsir, cadar & kasut)
10. HADHARI AGRO HOLDINGS SDN BHD Jualan daging mobile (Menggunakan Lori)
11. WORLD WELLNESS SDN BHD Jualan produk penapis air (MLM)
12. AMASU SDN BHD Kad debit
13. SMART WASH SDN BHD Kedai dobi
14 DATAINFO COMPUTER SDN BHD Kedai komputer

Kepada mereka yang berminat untuk menjalankan projek Burung walit, boleh menghubungi Tekun bagi mengetahui dengan lebih detail tawaran yang diberikan. Sebagai contoh, sekiranya anda mahu menjalankan projek ini tapi tiada kemudahan kewangan, boleh menghubungi Tekun dan pilih rakan niaga yang ada. Saya cadang anda memilih Global Excellent Marketing(GEM) sbb saya sudah attend dia punya kursus burung walit dan ianya sangat bagus.

Anda kena cari lagi 5 orang yang berminat untuk menjalankan projek ini dan bersedia memohon pinjaman daripada tekun berjumlah RM50,000 seorang. So anda akan berkongsi 6 orang untuk sebuah rumah burung. untuk makluman, saya tengah mencari rakan kongsi yang mempunyai minat dan masalah yang sama dengan saya untuk memulakan projek rumah burung ini. Urusan binaan rumah burung dan teknologi akan dibuat oleh pihak GEM dan kita diberikan pilihan sama ada ingin menguruskannya sendiri atau menyerahkannya kepada pihak GEM selepas binaan sudah beroperasi. Lokasi yang sesuai saya sudah ada iaitu di Tapak Projek Serai saya skg. Jadi kos untuk tapak sudah boleh diminimumkan. Walaubagaimanapun perlu kelulusan GEM untuk kesesuaian Tapak.

Adakah Anda orang yang saya cari? sekiranya ia, sila hubungi saya dengan kadar segera.

Comments

Unknown said…
Apakah Anda mencari pinjaman? Atau apakah Anda menolak pinjaman oleh bank atau lembaga keuangan untuk satu atau lebih alasan? Anda memiliki tempat yang tepat untuk solusi pinjaman Anda di sini! Elina Johnson perusahaan pinjaman kita terbatas dalam memberikan pinjaman kepada perusahaan dan individu pada tingkat bunga rendah dan terjangkau dari 2%. Silahkan hubungi kami melalui e-mail hari ini melalui elinajohnson11@hotmail.com
Unknown said…
Hello.. Nak tanye..pinjaman Tekun nasional Ade buat untuk penternakan kelulut Tak? Tq
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Hello.. Nak tanye..pinjaman Tekun nasional Ade buat untuk penternakan kelulut Tak? Tq
Abdulz said…
Tekun Nasional memang ada memberikan pinjaman untuk mana2 projek kelulut. sila hubungi pejabat Tekun nasional yang berdekatan untuk maklumat lanjut.

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli