Followers

Sunday, May 2, 2010

FAMA Pahang sedia 58 tapak pasar tani baru

Tajuk yang ditera dalam coretan ini sebenarnya dipetik daripada berita suratkhabar Utusan Malaysia pada hari ini 3 May 2010. Tahniah kepada FAMA kerana telah berjaya menambahkan bilangan tapak pasar tani di negeri Pahang. Ramai para peniaga yang bergantung 100% kehidupan dengan meniaga di tapak2 pasar tani ini. Pasar tani yang baru dibuka di Peramu merupakan pasar tani yang ke-9 di Bandar Kuantan. Semoga sambutan yang diberikan menggalakkan daripada para pengunjung yang mahukan barangan yang segar dan berharga murah.

Saya merasakan Pembukaan Pasar-pasar tani yang baru telah memberikan kesempatan kepada para peniagaan untuk memasarkan barangan secara terus kepada pembeli. Ia juga memberikan kesempatan kepada para pengusaha projek pertanian memasarkan barangan keluaran mereka secara terus kepada para pembeli tanpa melalui orang tengah. Dengan cara ini keuntungan para pengusaha akan dimaksimumkan dan juga dapat menerima maklumbalasa secara terus terhadap mutu serta kualiti produk yang dikeluarkan. Dengan cara ini juga para pengusaha dapat memperbaiki kualiti serta mengetahui produk2 yang diperlukan oleh para pembeli. Mengetahui produk yang diperlukan oleh pembeli lebih awal adalah salah satu langkah yang sangat bijak berbanding mengeluarkan sesuatu produk yang belum tahu diterima oleh pasaran.

Salah satu langkah yang harus diterokai oleh FAMA dalam membantu para pengeluar produk pertanian ialah dengan mendirikan gerai-gerai jualan yang bersifat kekal. Gerai2 ini haruslah menepati standard gerai moden yang minimum bagi memastikan jenama gerai diperkenalkan secara global. FAMA hendaklah secara aktif mempromosikan jenama gerai ini dan memberikan latihan serta sokongan kepada para pengusaha yang dipilih. Lokasi gerai hendaklah diberikan penekanan dengan fokus permulaan di lokasi yang tinggi kependudukannya.

FAMA hendaklah membekalkan produk yang hendak dipasarkan kepada para pengusaha Gerai2 FAMA ini secara berterusan. Semua produk yang hendak dipasarkan haruslah melepasi tahap pemeriksaan kualiti yang ditelah ditetapkan. Sekiranya kita berjaya menjenamakan gerai/kedai jualan ini secara global dan penerimaan orang awam yang baik terhadap kempen makan buah tempatan, saya rasa lepas ini buah rambutan yang lebat merah meranum kat atas pokok kat rumah kita dan kampung2 tak akan dibiarkan hitam kekeringan lagi.

Saya akan explain dengan lebih panjang berkenaan hal ini dalam coretan saya yang lain. Saya sedia maklum, FAMA ada menyediakan gerai2 jualan buah tetapi pemantauan yang lemah dan bekalan yang sering terputus menyebabkan pengusaha menambah stok buah lain... ada ker gerai Buah FAMA jual Oren, epal, anggur etc... tak masuk akal sungguh...

No comments: