Hello May 2

May akhirnya datang.. Selamat Hari Pekerja kepada semua warga perkerja di Malaysia. Aku berada di Cheras sekarang kerana ada urusan bisnes orang rumah yang hendak diselesaikan. Semalam bila berbual dengan biras aku yang keja di Kementerian Pertanian, dia memaklumkan kerajaan memperuntukkan RM10K kepada golongan miskin tegar untuk membina rumah burung yang akan bertindak sebagai program basmi kemiskinan. Sekiranya projek ini berjaya dijangka sebulan akan menghasilkan RM3-4K kepada golongan sasaran dan mengeluarkan mereka ini dikeluarkan daripada garis kemiskinan.

Nampaknya fokus kerajaan buat masa ini hanya menggunakan industri walit sebagai medium untuk mengeluarkan golongan miskin daripada kepompong kemiskinan pada skala kecil lagi. Bagi mereka yang berhajat untuk memulakan projek ini dengan mengharapkan bantuan/subsidi kerajaan pada skala komersil, ternyata penantian masih belum berakhir. Pengharapan agar kerajaan menyediakan dana melalui institusi kewangan spt 3F di Agro Bank dengan syarat2 yang agak mudah masih belum menjadikan kenyataan. Walaubagaimanapun, kita semua kena paham bahawa pihak kerajaan masih baru untuk memberikan tumpuan kepada industri walit ini. Semoga perancangan kerajaan selepas ini akan memudahkan pengusaha baru seperti saya menceburi bidang ini. Target untuk mencapai 10% pengusaha bumiputera menceburi bidang ini masih jauh kerana kekangan kewangan. Bukan mudah orang melayu untuk mengeluarkan budget sekitar RM300k untuk memulakan bisnes ini.

Kepada Warga Pekerja, gunakan masa cuti umum ini dengan pengisian yang membina. Semoga semua sasaran anda pada tahun ini akan menjadi kenyataan dengan usaha yang keras dan berterusan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli