Posts

Showing posts from April, 2010

Hello May 2

May akhirnya datang.. Selamat Hari Pekerja kepada semua warga perkerja di Malaysia. Aku berada di Cheras sekarang kerana ada urusan bisnes orang rumah yang hendak diselesaikan. Semalam bila berbual dengan biras aku yang keja di Kementerian Pertanian, dia memaklumkan kerajaan memperuntukkan RM10K kepada golongan miskin tegar untuk membina rumah burung yang akan bertindak sebagai program basmi kemiskinan. Sekiranya projek ini berjaya dijangka sebulan akan menghasilkan RM3-4K kepada golongan sasaran dan mengeluarkan mereka ini dikeluarkan daripada garis kemiskinan. Nampaknya fokus kerajaan buat masa ini hanya menggunakan industri walit sebagai medium untuk mengeluarkan golongan miskin daripada kepompong kemiskinan pada skala kecil lagi. Bagi mereka yang berhajat untuk memulakan projek ini dengan mengharapkan bantuan/subsidi kerajaan pada skala komersil, ternyata penantian masih belum berakhir. Pengharapan agar kerajaan menyediakan dana melalui institusi kewangan spt 3F di Agro Bank dengan

Burung Walit

Sekawan Burung Walit sedang makan anai2 yang berterbangan selepas hujan bersebelahan taman perumahan saya. Banyak sungguh burung ne di sini.

Hello May!!

Bulan May 2010 sudah hampir kembali. Ini bermakna sudah hampir 4 bulan saya tidak mencoretkan apa2 di dalam blog ini. Maaf kepada para pelawat yang hadir tanpa mendapat butiran terbaru daripada saya. Kelukaan hati disebabkan oleh kegagalan projek serai masih bersisa. Ini juga bermakna sudah hampir 6 bulan saya tidak menjenguk kebun serai saya. macam mana lah jadinya kebun serai saya. Serai adalah tumbuhan rumpun yang sangat lasak. walaupun ianya terbiar dengan lama tanpa penjagaan yang baik daripada kita, sifat semulajadinya membuatkannya boleh hidup dengan minimum intervene daripada kita. Harap2 lembu2 dan kambing orang kampung tidak mengganas dalam kebun serai saya disebabkan bertambahnya bilangan tiang2 pagar yang reput dimamah anai2. Saya masih belum terpikir untuk memulakan projek apa lagi ditapak projek serai saya sekarang ini. Yang pastinya 20 batang pokok getah dan hampir 1/2 ekar rumpun serai masih menghuni tapak projek saya. Akhir2 ini fokus saya lebih terarah kepada Projek B