Projet Walet

Pada 6hb Dec, bertempat di Taman Tasik Titiwangsa aku dan team berjumpa untuk membincangkan secara serius kemungkinan untuk melaksanakan projek ini. Daripada 5 rakan kongsi, hanya 3 sahaja yang dapat menghadirkan diri. Mesyuarat tetap diteruskan dengan 2 rakan yang tidak hadir memberikan consent untuk kami membuat sebarang keputusan.

Mesyuarat diadakan untuk membincangkan langkah2 untuk melaksanakan projek ini terutama langkah awal untuk menubuhkan syarikat dan pengumpulan modal awalan. Kami telah sepakat untuk melaksanakan projek ini disebabkan potensinya yang sangat besar. Sebelum tindakan lanjut diambil, kami telah membuat keputusan untuk menubuhkan AJK yang terdiri daripada kami berlima. AJK ini akan berfungsi untuk melaksanakan tugas2 yang akan difikirkan kemudian bagi melaksanakan projek ini. Keputusan telah dibuat untuk mengumpulkan modal segera untuk membolehkan syarikat dibuka dengan akaun bank. Setiap ahli dikehendaki mengeluarkan modal dalam RM200 seorang.

Saya akan menulis lebih lanjut. tgu

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli