Walet Oh Walet

Pada 14hb Nov yang lalu saya telah mengikuti Kursus Penternakan Burung Walet yang dianjurkan oleh Syarikat Global Excellent Marketing SB di Hotel Putra KL. Tujuan saya mengikuti kursus ini adalah untuk mengetahui serba sedikit bidang penternakan burung walet ini yang sekarang ini didominasikan oleh non-bumiputera. Kursus ini diadakan hanya sehari sahaja bermula jam 9.00am dan ditamatkan pada jam 5.00pm.

Sepanjang menjalani kursus ini, para peserta didedahkan dengan ilmu2 berguna mengenai industri burung walet ini. Pada mulanya kami diberikan overview berkenaan industri burung walet di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya. Burung Walet yang bermutu tinggi hanya terdapat di sekitar Malaysia, Indonesia dan Selatan Thai. Inilah yang menyebabkan negera pengeluar utama dunia sarang burung walet ialah Indonesia, Thailand dan Malaysia. Industri ini telah bermula sekitar ratusan tahun dahulu dan berkembang secara itensive di Indonesia. Walaupun kebanyakan burung walet berpopulasi di Malaysia tetapi disebabkan lambatnya kita memanupulasikan populasi ini, menyebabkan negera kita berada di tempat ke-3 sebagai pengeluar sarang burung walet.

Taklimat juga diberikan oleh pakar daripada Jabatan Vaterinar, agensi yang telah diberikan kuasa untuk mengawal selia industri burung walet di malaysia. Taklimat diberikan mengenai jenis-jenis burung walet yang ada dan perbezaan di atara burung walet dan burung layang2. Secara amnya, burung walet membuat sarang menggunakan Air Liurnya manakala burung Layang2 menggunakan lumpur. Ciri-ciri burung walet juga diberikan penekanan kepada para peserta terutama bagaimana cara hendak mengenali burung ini, penyakit2 burung dan tatacara mendapatkan lesen.

Pada sebelah petang, sesi taklimat diadakan oleh pihak Konsultan. Sesi ini menerangkan mengenai industri sarang burung walet yang sangat lumayan di Malaysia dan bagaimana caranya hendak memulakan perniagaan ini. Terdapat beberapa busines model yang boleh dipilih oleh para peserta apabila hendak memulakan perniagaan ini. Ini kerana modal permulaan untuk memulakan perniagaan ini adalah sangat besar tetapi dengan menggunakan busines model yang ada, ianya boleh dilaksanakan. Melalui konsep perkongsian sebuah bangunan 3 tingkat berharga RM300K berserta dengan tanah, teknologi dan lesen boleh dijayakan dengan kerjasama Tekun Nasional.

Sekarang saya bersama dengan 5 orang para peserta kursus ini sedang dalam proses persiapan untuk memulakan perniagaan ini. saya akan maklumkan mengenai perkembangan terkini projek kami ini.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli