Posts

Showing posts from November, 2009

Walet Oh Walet

Pada 14hb Nov yang lalu saya telah mengikuti Kursus Penternakan Burung Walet yang dianjurkan oleh Syarikat Global Excellent Marketing SB di Hotel Putra KL. Tujuan saya mengikuti kursus ini adalah untuk mengetahui serba sedikit bidang penternakan burung walet ini yang sekarang ini didominasikan oleh non-bumiputera. Kursus ini diadakan hanya sehari sahaja bermula jam 9.00am dan ditamatkan pada jam 5.00pm. Sepanjang menjalani kursus ini, para peserta didedahkan dengan ilmu2 berguna mengenai industri burung walet ini. Pada mulanya kami diberikan overview berkenaan industri burung walet di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya. Burung Walet yang bermutu tinggi hanya terdapat di sekitar Malaysia, Indonesia dan Selatan Thai. Inilah yang menyebabkan negera pengeluar utama dunia sarang burung walet ialah Indonesia, Thailand dan Malaysia. Industri ini telah bermula sekitar ratusan tahun dahulu dan berkembang secara itensive di Indonesia. Walaupun kebanyakan burung walet berpopulasi di Mala