Posts

Showing posts from August, 2009

Serai Oh Serai!!

Rancangan Perniagaan untuk Tanaman Serai ini pada mulanya amat mudah tetapi apabila sudah mula menceburi dan ribuan ringgit dan keringat yang dicurahkan, ternyata terlalu memeritkan. Untuk makluman pembaca blog saya, daripada rancangan asal untuk menanam 6 ekar dengan tanaman serai berdasarkan perjanjian yang ditandatanggani hanya 1 ekar sahaja yang berjaya ditanam. Daripada pada 1 ekar yang berjaya ditanya, hanya separuh yang dapat dituai. Di kebun saya, masih ada setengah ekar serai yang belum dituai. Tak tahu lah nak buat macam mana. Saya sudah membuat perancangan untuk menaman Limau Nipis pulak. Antara punca kegagalan yang teramat nyata sekali adalah kegagalan syarikat Moja untuk menguruskan projek dengan berkesan terutamanya untuk memberikan khidmat nasihat yang teramat diperlukan dari permulaan projek sehinggalah kepada aspek pemasaran. Kepada peserta yang masih mentah untuk menceburi bidang pertanian ini atau greenhorn khidmat nasihat teknikal amatlah penting. Dalam segi ini, te