Posts

Showing posts from July, 2009

Menuai

Image
Pada minggu lepas, proses menunai kali kedua telah dijalankan. sekali lagi, tenaga kerja memainkan faktor kegagalan untuk mendapatkan target 2 tan yang dikehendaki. Hanya ada 4 orang sahaja dalam pusingan ini. hasilnya spt yg dijangka. Gambar kawasan serai yang telah dituai. Selepas dicabut rumpun serai tersebut, daun2nya dipotong dalam dengan panjang 18 inci daripada pangkal. ia juga bertujuan untuk memudahkan proses menggangkat untuk tujuan pembersihan. Kerja-kerja membersihkan batang2 serai telah dijalankan seperti yang dikehendaki oleh syarikat. batang2 serai dibersihkan daripada kekotoran, daun2 kering dan akar. selepas itu, ianya diikat dgn berat 10kg setiap ikatan. batang2 serai yg telah siap dibersihkan batang2 serai yang telah siap diikat dlm 10kg ikatan.