Posts

Showing posts from May, 2009

Status Projek

Image
Pada minggu lepas 23/5, saya melawat projek serai saya spt biasa. Ternyata kesan penggunaan baja TunjangRia tersebut amat membanggakan saya di mana semua pokok2 serai saya tumbuh dengan pantas dan menghijau. rumpun2 menjadi semakin besar. kesan penyakit bena perang sudah agak tidak kelihatan. Pokok serai semakin meninggi hingga ke Pinggang Partner saya. Partner saya seadang merumput di sepanjang baris. Pokok serai saya yang menghijau. Kesan Bena Perang sudah hilang dan pokok membesar dengan pantas. Pokok2 serai yang sudah matang. saya sedang berhubungan dengan Moja Ventures untuk menetapkan proses menuai pada Pertengahan Jun. Diharap hasil yang diperolehi lumayan. So, kepada pembaca blog saya. Sekiranya ingin membuat tempahan baja TunjangRia bolehlah hubungi saya. harga tidak mahal dan penghantaran boleh dirundingkan sekiranya kuantitinya banyak.

Status Pokok , Baja & Racun

Image
Sudah lama tidak berpeluang untuk mencoretkan sesuatu dalam blog saya ini. Pertukaran tempat kerja yang baru menyebabkan masa senggang terlalu kurang untuk membolehkan saya meluangkan masa menulis dalam ruangan ini. Dalam coretan yang lalu saya ada melaporkan mengenai serangan Bena Perang terhadap tanaman serai saya. di sini saya ingin memaparkan bukti mengenai serangan tersebut. Daripada gambar di atas jelas kelihatan pokok yang terkena serangan menjadi kering dan layu. sekiranya tidak dibuat pencegahan segera, rumpun ini akan terus kering dan mati. Kalau tuan2 nak cari tanda serangan bena perang ini, bolehlah tuan2 cabut 2-3btg pokok serai dan belah batangnya. sekiranya terdapat tanda2 korekan pada batang, maka tuan2 akan nampak ulat/anak bena perang sedang bersembunyi ditengah2 batang2 tersebut. pokok2 lama kelamaan akan kering dan mati kerana ulat2 tersebut memakan bahagian tengah batang. Setelah dinasihatkan oleh seorang kawan, saya menggunakan racun AGR Malathion. racun ini ada d