Followers

Tuesday, March 31, 2009

Serangan Bena Perang

Serangan ulat yg dialami rupa-rupanya adalah disebabkan Bena Perang. Sudah disahkan oleh Pakar. Ulat tersebut berada dalam batang pokok setelah menetas daripada telur. Hidup dengan memakan cairan dalam batang sehingga menjadi matang dan bertukar kepada kepompong. Pokok yang diserang akan menjadi layu dan ahkirnya mati.

Bahagian yang diserang : Pangkal batang Pokok Serai
Peringkat diserang : Mula tanam hingga dituai

Tanda Kerosakan
Serangga dewasa dan anak jelmaan merosak pokok padi secara menghisap cairan pokok dan menyebabkan pembesaran pokok terbantut. Jika populasi perosak tinggi dan dibiarkan tanpa kawalan, pokok serai akan menjadi kuning dan akhirnya kering. Keadaan ini disebut "hopper-burn" sama spt pokok padi.

Kawalan
Sembur racun serangga yang disyorkan apabila populasi bena perang mencapai 20 ekor dewasa/perdu dan 50 ekor anak/perdu. Jenis racun yng disyorkan adalah buprofezin, buprfezin + isoprocard, imidacloprid, fipronil dan thiamethoxam. dicadangkan menggunakan Racun Malathion 570. Disembur pada setiap pokok yang diserang dan pokok2 disekitarnya. Ulang dalam 7hari sekali sehingga serangan/jangkitan berkurangan.

No comments: