Followers

Friday, February 6, 2009

Serangan Ulat


Ulat dalam btg serai..



Ternyata projek ini penuh dengan cubaan dan rintangan. ingatkan tanam serai ini tanamanya tahan lasak dan kurang serangan penyakit. tapi ternyata jangkaan awal meleset belaka. Pokok-pokok serai yang mulanya merimbun hijau makin layu dan kering. rimbunan yang besar dan gemuk semakin jadi mengecil dan akhirnya layu dan kering. Pening jugak kepala bila melihat pokok2 serai yang sudah hampir matang semakin layu dan kering.
So, kami memulakan siasatan rapi dengan mencabut beberapa rumpun serai yang terkena penyakit. saisatan terhadap batang serai mendapati terdapat kesan lecur dan lubang yang banyak. kebanyakkan pangkal batang serai mereput dan apabila batang disiat, kami mendapati terdapat banyak ulat yang mendiaminya. terdapat juga ulat yang sudah menjadi kepompong. so, kami simpulkan, pokok serai kami sudah diserang serangga. terpaksa ler kami merujuk kepada Moja Ventures dan Peladang untuk membeli racun yang sesuai. kami akan maklumkan kepada semua pembaca racun yang dicadangkan nanti supaya tuan2 tidak menghadapi masalah yang sama.




No comments: