Posts

Showing posts from December, 2008

Membaja kedua

Image
Sudah hampir 2 minggu ku tidak dapat turun ke kebun. Dihujung2 tahun ini banyak pula perkara yang pelu diselesaikan dan menuntut pehatian dengan kadar segera. aku baru ajer balik daripada Alor Star kerana ada urusan keluarga. Minggu ner baru ada peluang untuk menjenguk kebun serai aku. So kali ner dapat le peluang untuk membuang rumput dan membaja untuk pusingan kedua. Perkara pertama yang aku lakukan bila sampai dikebun adalah memeriksa pagar kebun. ini kerana aku dapati terdapat kesan tapak kaki lembu yang agak banyak dalam kebun aku. ini pasti terdapat pagar yang telah rosak disondol lembu... memeng betul pun... ader sebatang pagar yang telah reput dan tumbang disondol lembu. aku kena ganti balik dengan kayu yang baru. tapi nasib baik ler tak banyak kerosakan yang dikesan kerana pokok serai aku sudah agak besar. banyak kesan tapak kaki lembu dikesan di antara baris sahaja. nasib baik ler... Baja kali ner aku buat disekeliling pokok supaya pokok mendapat nutrien yang maksimum.