Penyulaman Anak Pokok Serai

Pada minggu ini, aku dah partner telah membeli 5 guni nak serai yang mengandungi 6ooo batang anak serai. aku bercadang untuk membuat sulaman bagi menggantikan anak2 serai yang telah mati atau nampak amcam nak mati. kami bercadang untuk menggunakan 4 batang serai dalam setiap perdu setelah berbincang dengan Moja Ventures. penggunan 4 btg serai dalam setiap perdu akan membolehkan kami memperolehi 1500 perdu pokok serai. tapi kami kena delaykan sediak proses tuaian bagi membolehkan setara dengan perdu yang menggunakan 6 batang pokok serai.


kerja menugal agak sukar kerana tanah sudah menjadi agak padat dan keras kerana hari tak hujan semalam. so terpaksa ler kena jadi kreatif sket. instead gunakan batang tugal, aku pakai parang jer untuk buat lubang. peh!!! ingatkan bleh settlekan 5 guni benih dalam masa satu hari tapi tak boleh plak... sbb kami ner bukan nya lasak sangat. org seminggu skali berkebun dan setiap ri keja dalam pejabat yang sejuk dengan aircond... bila berjemur panas dan kena membongkok bila membuat lubang dan menanam anak benih, mula ler pinggang sakit. banyak relak daripada menanam menyebabkan kami hanya mampu menyiapkan 2 guni benih sahaja dalam sehari. selebihnya kena sambung besok sbb hari sudah petang. kami belum semayang zohor lagi dan perut pun sudah lapor.
Tips semasa menyulam anak benih. masa nak tentukan anak benih yang mati kena pastikan betul2 sbb pokok serai ner jenis yang lasak. luar nampak jer cam dah layu dan kuning tapi kat perdu dia masih segar dan berakar. bila kena hujan/siram dengan air, maka pucuk akan tumbuh semula.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli