Followers

Wednesday, October 22, 2008

Tambahan Anak Benih

Pada 21hb Oct, Saya dan partners turun kemaman untuk berbincang dengan Tokey Moja berhubung keadaan kebun kami. sampai dalam kul 12.00 tgh. nasib baik tokey moja ada. so, kami pun berbincang mengenai perkembangan projek serai.

Untuk makluman, kami terpaksa membeli tambahan 4 beg anak benih untuk membuat sulaman ke atas anak-anak pokok serai yang mati disebabkan kena cabut oleh kera dan dipijak oleh lembu yang masuk dalam kebun. berdasarkan org yang jaga kebun kami, pagar kebun telah roboh disondol oleh lembu yang berkenan sangat dengan kehijaunan anak pokok serai. malangnya orang yang jaga kebun aku lambat nak maklumkan menyebabkan kerosakan anak pokok yang bukan kepalang. sehinggakan aku terpaksa membeli tambahan anak benih.

semasa perbincangan, aku memaklumkan mengenai mutu anak benih yang diberikan ada yang kurang baik. terdapat seguni anak benih yang tidak dapat ditanam kerana sudah rosak. so Moja telah berjanji akan menggantikan seguni anak benih untuk aku. so, kepada pengusaha baru yang baru bermula nak berjinak dengan tanaman ini, semasa menerima anak benih sila pastikan semua anak benih yang diterima berada dalam keadaan baik. sekiranya tidak, sila maklumkan kepada Moja untuk tujuan penggantian. nasib baik ler, Moja faham dengan masalah yang aku hadapi. so bolehlah aku tanam semula pokok serai aku tur...

Aku jangkaan proses sulaman anak pokok yang baru akan dijalankan dalam minggu depan kerana minggu ne aku akan outstation.

No comments: