Merumput & Membaja

Proses penjagaan pokok serai selepas proses penanaman adalah lebih tertumpu kepada aspek merumput dan membaja. Merumput adalah proses berterusan yang bertujuan untuk mengurang atau menghalang pertumbuhan rumput liar yang akhirnya akan menjadi pesaing kepada anak pokok serai dalam mendapatkan nutrien yang mencukupi. proses merumput terbahagi kepada dua iaitu mencabut rumput dan meracun.



Sekiranya bilangan rumput yang tumbuh tidak banyak seeloknya rumput2 yang tumbuh dicabut sahaja menggunakan tangan. Tetapi sekiranya rumput yang tumbuh agak banyak, proses merumput boleh dibuat dengan memesin rumput dengan menggunakan mesin pemotong rumput. Selepas rumput di mesin pendek barulah proses meracun dengan menggunakan racun rumpai yang sesuai boleh dilaksanakan. Apabila meracun ianya hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya racun tidak terkena daun serai. Biasanya semburan yang digunakan adalah semburan yang kecil dan ditujukan rapat kepada tanah serta jauh daripada rumpun pokok. sebolehnya dipilih hari yang kurang berangin sewaktu proses meracun dilaksanakan bagi mengurangkan kesan lecuran kepada daun serai.
Proses membaja pula dibahagikan kepada 3 iaitu pusingan pertama, kedua dan ketiga. pusingan pertama membaja dibuat sewaktu anak pokok serai berumur 20-30hari. Pusingan kedua sewaktu pokok serai berumur 55-60hari dan pusingan ketiga sewaktu pokok2 serai berumur 80-90 hari. Proses membaja boleh diingkaskan seperti berikut;

Pusingan 1 ;

Jenis Baja Urea (N46) dan dicampur dengan baja Tonmai. Jarak baja ialah 5 inci daripada rumpun dan dibaja secara spot dengan sukatan 1 sudu teh. Kadar baja ialah 50kg baja Urea dan 25kg baja Tonmai untuk seekar. Sebelum membaja, untuk mudahkan kerja, kedua-dua baja hendaklah dicampurkan dan digaul sehingga rata dengan nisbah 2:1 untuk seekar. Jangkaan Kos ialah RM225 untuk seekar. Baja Urea 50kg/guni RM150 di Kedai peladang dan Baja Tonmai 50kg/guni RM130 di Moja Ventures.

Pusingan 2:

Jenis baja yang sama dan proses penyediaan dan pembajaan juga sama dlm pusingan 1. Sukatan setiap pokok ialah 3 sudu besar dan ditabur sekeliling rumpun. Kadar seekar ialah 4 beg 50kg Baja Urea dan 2 beg 25kg Baja Tonmai. Kos RMRM730.00 pe ekar

Pusingan 3:

Proses pembajaan yang dirumus khas untuk mengukuhkan batang pokok sebelum menunai. Jenis baja yang digunakan ialah NPK 15:15:15 dan baja Tonmai. Cara pembajaan yang sama dengan sukatan per pokok ialah 3 sudu besar yang ditabur disekeliling pokok. Kadar seekar ialah 4 bg 50kg Baja NPK 15:15:15 dan 2 beg 25kg baja Tonmai.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli