Posts

Showing posts from September, 2008

Selamat Menyambut Hari Raya

Kepada Blogger yang mengikuti blog saya. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Hari ini merupakan hari ke-24 kita berpuasa dan ini bermakna lagi 6 hari kita berpeluang untuk berpuasa dan beribadah tanpa gangguan sesiapa kecuali nafsu kita sendiri. Minggu ini merupakan minggu ke-4, anak-anak benih serai saya ditanam untuk fasa 2 dan minggu ke-6 untuk fasa yang pertama. Ini bermakna saya masih ader 2-3 minggu sebelum proses pembajaan yang pertama akan dijalankan. Untuk projek kali ini, saya boleh katakan ianya amat memberangsangkan kerana kadar pertumbuhan anak2 serai amat menggalakkan walaupun terdapat sebilangan anak2 serai yang musnah dikerjakan oleh kera/monyet liar dan juga dipijak lembu yang terlepas masuk dalam kebun saya. bila melihat anak2 serai tumbuh dengan subur dan merimbun, terasa lega dan hilang sedikit kegusaran apabila melihat anak2 serai musnah dilanyak lembu sekawan. Sememangnya pertanian memberikan 1001 kepuasan apabil

Tekun Tani : Yayasan Tekun Nasional

TEKUN TANI Pembiayaan disediakan sebagai modal untuk memula / mengembangkan perniagaan / projek dalam sektor pertanian Aktiviti Tanaman Kontan : Pisang, Jagung, Tebu dan Sayuran Tanaman Hiasan : Orkid, Kaktus dan Bonsai Syarat Kelayakan Asas • Bumiputera dan berumur 18 – 65 tahun. • Mempunyai lesen perniagaan/ permit / daftar perniagaan yang sah. • Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan/projek • Satu pembiayaan untuk satu isi rumah. • Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00 • Mempunyai tanak sendiri/sewa atau projek usahasama dengan persatuan Belia/Agensi Kerajaan/NGO Syarat Tambahan • Seorang penjamin • Usahawan perlu menyediakan 10% hingga 15% daripada modal keseluruhan perniagaan /projek • Tapak projek berdekatan dengan pejabat operasi TEKUN Jumlah Pembiayaan Pembiayaan adalah berdasarkan keperluan projek yang dilaksanakan di antara RM500.00 hingga RM50,000.00 Tempoh Pembiayaan dan Kaedah Bayaran Balik Tempoh pembiayaan akan mengambil kira temp